Perkembangan fetus - hamil 18 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia              
Panjang bayi anda sekarang sekitar 6 inci / 14.2 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 7 auns / 190 gram. Dadanya bergerak turun naik seakan-akan bernafas tetapi dia tidak menyedut udara, hanya cecair amnion.
Skan ultrasound semasa trimester kedua menilai pertumbuhan dan perkembangan fetus, selain menapis beberapa kecacatan kelahiran, memeriksa plasenta dan tali pusat, dan menentukan samada jangkaan umur gestasi adalah tepat. Semasa skan ini, anda mungkin dapat melihat bayi anda membuat pergerakan menendang, membengkokluruskan badan, mencapai, bergolek atau menghisap jari. Bawalah suami bersama, tetapi samada dia turut bersama atau tidak, pastikan anda mendapatkan salinan gambar bayi dalam pelbagai gaya.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Jika bayi anda perempuan, vagina, uterus dan tiub falopio sudahpun  berada di tempatnya. Jika ia lelaki, genitalnya adalah jelas dan boleh  dicamkan. Jika kandungan anda lebih dari satu bayi, rujuklah bahagian  tentang kembar dua atau lebih. • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Write commentsWe will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name (nickname accepted), Location and Your Support/ Creative Comment/ Feedback/ Question, etc. Have a Pleasant day.