Showing posts with label Rahsia. Show all posts
Showing posts with label Rahsia. Show all posts

Nov 3, 2011

Rahsia di sebalik 7 hari


Hari Sabtu

Allah s.w.t. berfirman ertinya : 'Tanyailah mereka daripada ahli negeri yang hadir dilaut ketika mereka kembali pada hari sabtu'.

Daripada Muslim bin Abdullah, daripada Sai'd bin Jubair, daripada Anas bin Malik r.a dia berkata : ' Rasullullah s.a.w. ditanya oleh seseorang masalah hari-hari yang tujuh'.

Baginda menjawab : ' hari sabtu adalah dinamakan sebagai hari tipu daya'.

lalu para sahabat bertanya : ' mengapakah dinamakan dengan demikian Ya Rasullulah?'.

Jawab baginda Nabi : 'kerana pada hari itu orang-orang kafir quraisy telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah'.

Peristiwa yang berlaku pada hari sabtu

  • Kaum Nabi Nuh a.s berusaha melakukan tipudaya terhadap Nabi Nuh, akhirnya di binasakan oleh Allah dengan angin taufan, dan air yang dicurahkan sekaligus daripada langit
  • Kaum Nabi Saleh berusaha untuk melakukan tipu daya terhadap Nabi Saleh. Akhirnya Allah binasakan mereka sekaliannya
  • Saudara-saudara Nabi Yusuf berusaha untuk memperdaya (membinasakan) Nabi Yusuf. kerana merasa dengki,apabila mereka mengetahui tentang takwil mimpinya Nabi Yusuf, iaitu bulan dan bintang sujud pada Nabi yusuf. Akhirnya saudara-saudaranya mendapat celaan daripada Allah.
  • Kaum Nabi Musa a.s berusaha melakukan tipu daya terhadap Nabi Musa. Akhirnya Allah kembalikan tipudaya mereka dan mereka dihinakan.
  • Kaum Nabi Isa a.s berusaha melakukan tipudaya terhadap Nabi Isa. Akhirnya mereka dihalau oleh Allah dan dihinakan
  • Puak-puak kafir quraisy berusaha untuk melakukan tipudaya terhadap Nabi. Maka Allah menimpakan azab dan seksa terhadap mereka semasa di dunia. Kemudian seksa di dalam kubur.Selepas itu diseksa di hari kiamat dengan seksa api neraka yang amat dahsyat.
  • Bani Israel berusaha melakukan tipu daya dengan larangan Allah. Akhirnya dirubah wajah-wajah mereka dan dilaknat oleh Allah
Hari ahad

Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a ia berkata : 'Rasullulah s.a.w.pernah ditanya tentang hari ahad.'

lalu jawab Nabi : 'hari ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan'.

Tanya sahabat : ' mengapakah demikian Ya Rasullullah?'.

Jawab baginda : ' kerana pada hari ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya'.

Peristiwa yang berlaku pada hari ahad.
  • Allah telah menciptakan langit sebagai tempat perputaran bulan dan bintang.
  • Allah telah menciptakan bintang-bintang yang beredar.
  • Allah telah menciptakan pada yang tempat yang bawah sekali.
  • Allah telah menciptakan bumi sebagai tempat kediaman.
  • Allah telah menciptakan lautan.
  • Allah telah menciptakan anggota tubuh manusia.
  • Allah telah menciptakan masa dan angin puting beliung.
Hari isnin
Anas Bin Malik r.a bertanya kepada Rasullah s.a.w tentang hari isnin. Jawab Rasullullah : ' hari isnin ialah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga'.

Tanya Anas Bin Malik r.a : ' mengapakah dinamakan dengan demikian Ya Rasullullah?'

Jawab Baginda: ' kerana bahawasanya hari isnin Nabi syith telah bermusafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan daripada perniagaannya'.

peristiwa yang berlaku pada hari isnin
  • Nabi Idris a.s diangkat ke langit pada hari isnin
  • Nabi Musa pergi bermunajat ke bukit tursina pada hari isnin
  • turunnya dalil yang menunjukkan tentang Esanya Allah pada hari isnin
  • Rasullullah s.a.w dilahirkan pada hari isnin.
  • Mula- mula Jibril turun menjumpai baginda rasul pada hari isnin
  • Dilapurkan sekalian amalan ummat-ummat nabi muhammad s.a.w kepada Allah setiap hari isnin
  • kewafatan Nabi Muhammad pada hari isnin.
Hari selasa

Diriwayatkan Anas Bin Malik r.a. ia berkata 'seseorang telah bertanya kepada baginda rasul tentang hari selasa.

baginda menjawab ' hari selasa ialah hari berdarah'.

sahabat bertanya : ' mengapakah dinamakan hari berdarah Ya Rasullulah?'

baginda menjawab ' kerana pada hari selasa , bermulanya Siti Hawa berhaid... Dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan iaitu anak Nabi Adam membunuh saudaranya'.

Peristiwa yang berlaku pada hari selasa
  • Pembunuhan Nabi jurjis a.s
  • pembunuhan Nabi Yahya a.s
  • Pembunuhan Nabi Zakariya a.s
  • Pembunuhan tukang-tukang sihir fir'aun
  • Pembunuhan Asiah binti Mazahim isteri fir'aun
  • Pembunuhan yang mempunyai lembu betina ummat bani israil
  • Pembunuhan Habil in Adam a.s
Hari Rabu

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a ia berkata : ' Rasullullah ditanya oleh para sahabat tentang hari rabu.

baginda menjawab : ' hari rabu ialah hari kebinasaan dan berkekalan'.

Para sahabat bertanya : ' sebab apa yang di katakan sedemikian Ya Rasullulah?'.

baginda menjawab : ' kerana pada hari itu Allah menggelamkan fir'aun bersama kaumnya. kaum samud dan kaum 'ad yang mereka itu kaum Nabi saleh dibinasakan oleh Allah pada hari Rabu'.

Peristiwa yang berlaku pada hari rabu

  • 'Auj dan unuq dibinasakan dengan burung hud-hud
  • qorun dibinasakan oleh bumi
  • Fir'aun dibinasakan dengan ditenggelamkan mereka dalam laut
  • Namrud di binasakan dengan binatang
  • Syadad bin 'Ad dibinasakan dengan teriakan malaikat jibril
  • kaum nabi lut dibinasakan dengan batu
  • kaum 'Ad dibinasakan dengan angin
Hari khamis

Diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a ia berkata : ' seorang bertanya kepada Rasullullah tentang hari khamis.

baginda menjawab : ' hari khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat'.

Tanya sahabat pula : ' mengapakah dikatakan sedemikian Ya Rasullullah?' .

baginda menjawab : ' kerana bahawasanya Nabi Ibrahim Kholilullah a.s, pergi ke istana Mesir, maka raja mesir menunaikan hajatnya dengan mengembalikan isterinya Siti Sarah'.

Peristiwa yang berlaku pada hari khamis
  • Nabi Ibrahim Kholilullah a.s, pergi ke istana Mesir, maka raja mesir menunaikan hajatnya dengan mengembalikan isterinya Siti Sarah
  • pemerah khamar raja Mesir dibebaskan daripada penjara, kemudian kembali bekerja sebagai pemerah khamar untuk raja, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud : " adapun salah seorang daripada kamu berdua, akan memberi minum tuannya dengan kahmar."
  • saudara-saudara Nabi yusuf datang menghadap nabi yusuf, maka mereka mendapat kenikmata, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud : " dan saudara-saudara Yusuf datang ke Mesir, lalu mereka masuk kepadanya, maka Yusuf mengenal mereka sedangkan mereka tidak kenal lagi padanya."
  • Bunyamin pergi ke negeri Mesir, maka bertemu dengan saudaranya iaitu nabi yusuf, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud: " apakala mereka mask ke tempat yusuf, maka yusuf membawa saudaranya "
  • Nabi Ya'kub a.s masuk ke negeri Mesir,maka ia mendapat keamanan, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud : " masuklah ke negara mesir, Insyaallah kamu mendapat keamanan"
  • Nabi Musa masuk ke negeri Mesir, maka ia bertemu dengan seorang suku Qibti, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud " Dan masuklah ke dalam kota ketika penduduknya lalai, maka ia menjumpai padanya dua orang yang saling berbunuh-bunuhan".
  • Nabi Muhammad s.a.w masuk ke kota Makkah, maka beliau mendapat kemenangan dan pertolongan, sebagaimana Allah berfirman yang bermaksud : "demi sesungguhnya Allah membenar dan rasulnya dengan mimpi-mimpi yang benar".
Hari Jumaat

Diriwayatkan daripada muslim bin abdullah, daripada Anas bin malik, daripada sa'id bin jubair dia berkata : ' baginda Rasullullah ditanya oleh seseorang sahabat tentang hari jumaat.

baginda menjawab : 'hari jumaat adalah hari yang baik untuk mengadakan penghubungan dan pernikahan.

Tanya sahabat : ' mengamakah dikatakan dengan demikian Ya Rasullullah? '

baginda menjawab : ' kerana bahawasanya nabi-nabi ramai yang bernikah pada hari itu'.

Peristiwa yang berlaku pada hari jumaat.
  • pernikahan Nabi Adam dan Hawa atas keduanya selawat dan salam
  • pernikahan Nabi yusuf a.s dan Zulaika a.s
  • pernikahan Nabi Musa dan shafuro' atas keduanya salam
  • pernikahan Nabi sulaiman dan ratu Balqis atas keduanya rahmat dan salam
  • pernikahan Nabi muhammad s.a.w dengan khadijah
  • pernikahan Nabi Muhammad s.a.w dengan siti aisyah
  • pernikahan ali bin abu talib dengan fatimah az-zahra r.a
-buku rahsia di sebalik 7 hari yang disediakan oleh as- syeikh abi nasir muhammad bin abdur rahman al- hamdani -

May 19, 2011

[Rahsia Sebuah Senyuman]

[petikan artikel] Rahsia Di Sebalik Senyuman

  1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
  2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.
  3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
  4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
  5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
  6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
  7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
  8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
  9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).
  10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
  11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
  12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
  13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
  14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.
  15. Pujangga menyebut :" SENYUM ITU KELOPAK. KETAWA ITU BUNGA YANG SEMPURNA KEMBANGNYA". 
petikan sumber: Macam2.com


May 17, 2011

[Tentang "Sedu"]

Asal usul manusia tersedu
[Petikan Artikel]
BAHAGIAN yang patut dipersalahkan adalah diafram, otot-otot berbentuk kubah yang terletak di dasar dada. Selalunya, diafram bekerja dengan sempurna.

Apabila anda menarik nafas, ia tertarik ke bawah untuk membantu menarik udara masuk ke dalam paru-paru. Apabila anda menghembuskan nafas, diafram menolak udara keluar daripada paru-paru.

Tetapi, ada ketikanya diafram menjadi terganggu dan apabila ini berlaku, ia membuat pergerakan menarik ke bawah dalam keadaan yang tersentap. Akibatnya, anda menelan udara ke dalam kerongkong secara mengejut. Apabila udara yang berebut-rebut masuk itu melanggar kotak korda suara anda, maka terhasillah bunyi hik, hik.

Dalam satu penyelidikan mengenai sedu yang dianggap munasabah oleh pakar, sekumpulan saintis Perancis mencadangkan wujudnya kaitan di antara sedu dengan evolusi dan fakta yang mengatakan bahawa nenek moyang kita berasal dari laut.

Mereka percaya, ia mungkin menunjukkan sifat atau ciri yang wujud zaman dahulukala di mana leluhur terdahulu mempunyai insang untuk membantu mereka bernafas.

Alasan di sebalik kejadian sedu membingungkan kalangan saintis sejak beratus-ratus tahun lampau kerana ia tidak mendatangkan faedah berguna kepada manusia.

May 16, 2011

[Bulan2 Dalam Islam]

[petikan artikel]
1 Muharram bakal menemui kita pada setiap awal tahun dalam tahun Islam. Di kesempatan ini, apa kata kita melihat semula apakah bulan-bulan yang ada dalam kalender Islam. Selain itu, kita akan melihat juga perkara menarik di sebalik setiap bulan.
(Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah dua belas bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram, Rejab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan yang empat itu dan perangilah kaum Musyrikin itu semuanya sebagaimana mereka pun memerangi kamu semuanya, dan ketahuilah bahawasanya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa). (Surah Al-Taubah : 36)
Dua belas bulan yang disebut oleh Allah di dalam ayat di atas telah dihuraikan oleh Rasulullah SAW di dalam sebuah hadith yang telah diceritakan oleh Saidina Abu Bakar as-Siddiq r.a bahawa Rasulullah SAW memberikan khutbah ketika ibadah haji dengan berkata:
Ketahuilah bahawa masa berputar seperti mana hari Allah menciptakan langit dan bumi, setahun ada 12 bulan antaranya empat bulan haram, tiga daripadanya berturutan iaitu Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab yang terletak antara Jumada dan Syaaban. (Hadis Riwayat Imam Ahmad)
Bulan dalam bahasa Arab disebut "Al-Syahru" bermaksud bulan yang merujuk kepada bulan-bulan yang terdapat dalam Islam yang dipanggil bulan-bulan Hijriyah. Tarikh Hijriyah Islam yang pertama adalah bermula ketika Nabi Muhammad SAW serta umat Islam telah sampai dan berhijrah ke Madinah. Nama-nama bulan Arab yang telah diiktiraf sebagai bulan Islam dan telah dirasmikan penggunaannya oleh Saidina Umar al-Khattab r.a adalah seperti berikut :
Muharram
Muharam  ertinya diharamkan. Bulan ini merupakan bulan yang termasuk dalam senarai bulan-bulan yang diharamkan berperang.
Safar
Safar adalah bulan ke-2 dalam bulan Islam yang bererti kosong, kerana penduduk Arab ketika itu keluar dari kampung mereka kerana berperang dan mencari makanan sebagai persiapan menghadapi musim panas. Rumah menjadi kosong.
Rabiulawal dan Rabiulakhir
Rabiulawal dan Rabiulakhir ertinya musim bunga iaitu biasanya waktu ini pokok mengeluarkan bunga dan tumbuhan menghijau. Rabiulawal dan Rabiulakhir merupakan bulan Islam yang ke-3 dan ke-4.
Jumadilawal dan Jumadilakhir
Jumadilawal (Jumada al-Awwal)  dan Jumadilakhir (jumada al-Akhir) , merupakan bulan ke-5 dan ke-6. Perkataan Jumada bermaksud kemarau di mana bulan ini merupakan musim kemarau yang bermula pada bulan Jamadilawal dan berakhir pada Jamadilakhir.
Rejab
Rejab adalah bulan ke-7 pula bermaksud mengagungkan dan membesarkan. Menurut sejarahnya, bulan Rejab dimuliakan orang Arab dengan menyembelih anak unta pertama dari induknya. Pada bulan ini dilarang berperang dan pintu Ka'bah dibuka.
Syaaban
Syaaban bererti berselerak/ pecahan yang banyak, di mana pada zaman Arab sebelum Islam mereka keluar bertebaran pada bulan ini setelah terpaksa berkurung di rumah ketika bulan Rejab. Pada bulan ini juga, mereka keluar beramai-ramai mencari air dan makanan.
Ramadhan
Ramadhan merupakan bulan ke-9 dalam kalendar Islam. Ia bererti terik atau terbakar, kerana kebiasaannya pada bulan ini, cuaca sangat terik dan panas di Semenanjung Arab. Dan setelah Islam menapak, bulan ini merupakan bulan puasa bagi umat Islam.
Syawal
Syawal pula dinamakan sempena dengan musim di mana unta kekurangan susu pada waktu ini. Syawal dalam bahasa Arab berasal dari kata kerja Tasyawwala yang bermaksud sedikit atau berkurangan. Manakakala setelah kedatangan Islam, Syawal merupakan bulan peningkatan kebajikan setelah melewati masa latihan pengendalian diri selama sebulan penuh dengan puasa Ramadan. Pada awal bulan Syawal, kaum Muslim merayakan Hari Raya Idul Fitri atau perayaan yang menandai kemenangan melawan hawa nafsu. Syawal merupakan bulan ke-10 dalam kalendar Hijrah.
Zulkaedah
Zulkaedah merupakan bulan ke-11, ia merujuk kepada kebiasaan penduduk Arab zaman sebelum Islam tidak berperang kerana ia termasuk dalam bulan-bulan haram berperang. Perkataan Kaedah itu berasal dari 'Qa 'ada' yakni duduk.
Zulhijjah
Zulhijjah adalah bulan ke-12 dan bulan terakhir Hijrah. Ia disebut Zulhijah (Ar.: Zu al-Hijjah) yang berarti "yang empunya haji". Pada zaman sebelum kedatangan Islam, bulan ini merupakan bulan untuk melakukan ibadah haji ke Mekah (Ka'bah). Setelah kedatangan Islam, ibadah haji masih tetap dilaksanakan pada bulan Zulhijah yakni pada tanggal 8, 9 dan 10 Zulhijah.

Mar 31, 2011

[1001Rahsia Diri: Rahsia Bibir Wanita]

SALAM SATU..

PETIKAN POST NI JUGA KITE PETIK DARI BLOG 1001RAHSIA DIRI ARTIKEL SANGAT MENARIK PERHATIAN SY.. JADI MINTA IZIN NGAN TUAN ENTRY, AMBIK POST NI UNTUK DI HOSTINGKAN DISINI, utk tatapan dan bacaan both of Us.. HIHI..
Mane tau kut2 ada di antara huraian kat bawah ni betul tentang bibir anda & rahsia nya pun kebetulan sama dengan keperibadian yang dinyatakan disini, hehe, kiranya baik utk diteruskan, jadikan amalan, kiranya tak elok, jadikan sempadan.. yea lepas nih U all yang laki2(suami2), jangan dok kacau bibir sidia ea.. tengok2 n tenung2 tu sudah la.. cukup2 la yea he2.. nanti muka dorang merah "pemadam" kang .. hihikk.. ^_^
Selamat membaca, ^-^

Rahsia Bibir Wanita


Bibir wanita memang penuh tarikan. Namun di sebalik keindahan yang dipaparkan, terdapat suatu misteri atau rahsia tentang watak si pemiliknya.Di sini dinyatakan misteri bibir yang patut diketahui.


Bibir segar dan kemerahan... Wanita yang mempunyai bibir segar dan kemerah-merahan secara semulajadi menandakan dia mempunyai tubuh badan yang sihat dan pandai menjaga kesihatan diri. Sifat mereka juga terbuka dan periang. Ramai yang suka berkawan dengan wanita ini kerana pandai menyesuaikan diri dan ramah dalam pergaulan. Wanita ini juga mampu memberi keriangan kepada pasangannya dengan sifat semulajadinya sebagai wanita.Dia manja dan kehidupannya yang ceria sungguh menyenangkan sekali.Secara umumnya, wanita ini suka dimanja dan mahukan kasih sayang yang penuh kehangatan. Dia akan kecewa sekiranya mendapat pasangan yang kaku dan tidak tahu memanjakannya. Biasanya juga mereka mempunyai raut wajah yang menarik, selari dengan kecantikan bibirnya yang sentiasa mengundang rasa senang dan mesra kaum lelaki.

Bibir yang biru (pucat)... Tidak kira apa juga bentuk bibir wanita ini, cahayanya kelihatan kebiruan. Biasanya wanita ini tidak begitu boleh diletakkan kepercayaan. Kata-katanya tidak boleh dipegang,selalu bersifat ingkar dan cuai terhadap tanggungjawab dan kewajipannya. Cerewet dan suka menimbulkan perselisihan dengan pasangannya. Jika anda ingin menjadi kekasihnya, anda hendaklah seorang yang boleh mengatasinya atau mengawalnya.


Bibir yang tipis... Tipis bukan bererti nipis! Wanita yang memiliki bibir tipis pada umumnya banyak mulut dan suka membicarakan hal-hal yang kadangkala boleh disifatkan sebagai tidak wajar. Suka melakukan sesuatu dengan caranya sendiri tanpa mempedulikan apa kata orang lain. Wanita ini pandai memujuk rayu dan tahu juga berpura-pura dalam memainkan peranan demi kepentingannya. Wanita ini juga mempunyai nafsu yang cukup besar dan memerlukan belaian yang penuh kehangatan dari pasangannya. Wanita ini bersikap optimis dalam menjalankan kehidupannya.

Bibir yang mungil... Wanita ini secara umumnya mempunyai gaya dan pesona yang mendebarkan lelaki. Selalu mempamerkan gaya keanak-anakan dan bersifat manja. Suka didampingi dan dibelai oleh pasangan. Wanita ini juga suka bergantung kepada orang lain, tidak mempunyai pendirian yang mantap lantaran selalu bersikap ragu-ragu dengan apa yang dilakukan.Lelaki mudah mengambil kesempatan untuk menggodanya. Wanita jenis ini juga mudah dijinakkan jika pandai membaca kelemahannya.Wanita ini boleh diharap menjadi ibu yang baik dan suri rumah yang bertanggungjawab. Namun suka merungut dan berleter jika tidak mendapat apa yang diingininya.

Bibir yang tebal...
Wanita berbibir tebal dikatakan mempunayi nafsu yang kuat. Sukakan kemesraan dan kehangatan. Dia juga bersikap agak bebas dan terbuka apalagi jika dikaitkan dengan persoalan cinta dan seks. Mampu memberi keseronokan dan kesenangan kepada pasangannya, namun boleh juga menimbulkan suasana yang sebaliknya lantaran sikapnya yang suka mencemuh dan memalukan dikhalayak ramai.Wanita ini tidak suka sikap yang berpura-pura. Jika diamanahkan suatu rahsia, dia boleh menjaganya dengan baik dan mengunci rapat. Bagaimanapun jika dia mula membenci seseorang ,kata-kata yang dihamburkan menyinggung perasaan orang dan terburailah segala rahsia orang yang dibencinya.Begitu mementingkan kecantikan dan bersolek lama. Banyak wang yang dihabiskan untuk tujuan kecantikan serta bersikap pemboros. Tidak pandai menguruskan rumahtangga dan anak-anak. Jika anda sebagai suaminya, seharusnya mempunyai sifat kewibawaan untuk membimbingnya. Jika tidak dia akan bersikap queen-control!

Bibir sentiasa terbuka... Mempunyai keinginan yang tinggi dari segi kehidupan dan juga seks. Dalam soal kerja atau tanggungjawab, mereka cukup berdisiplin dan mencapai prestasi yang membanggakan. Ramai wanita jenis ini memperoleh kedudukan yang baik dalam kerjaya kerana mampu berjaya dalam setiap bidang yang diceburinya. Optimis dan bermatlamat. Dia juga mudah jatuh cinta dan berusaha sedaya-upaya untuk memiliki atau memenangi hati lelaki yang dicintainya. Tidak segan atau malu untuk meminta apa yang dihajatinya dalam perhubungan. Dia pandai merangsang pasangan dengan gaya pesonanya yang hebat dan erotik. Pandai memanfaatkan keistimewaan diri.

petikan: 1001Rahsia Diri

Mar 30, 2011

[1001Rahsia Diri:Sign Of Soulmate]

Good Moning, Good Afternoon, Good Evening, Good Nite, N Very2 Good.. ^_^
Assalamualaikum wbt. ,
.

PETIKAN INI DIPETIK DARI LAMAN 1001 RAHSIA DIRI, So if You need more info, just Click this Link.

14 Signs of Your Soulmate


14. You argue and fight with them, but still can't get them out of your mind...


13. When you're on the phone with them late at night and they hang up but you miss them already when it was just five minutes ago...


12. You read their texts over and over again...

11. You walk really slow when you're with them...


10. You feel shy whenever you're with them...


9. When you think about them, your heart beats faster and faster...


8. You smile when you hear their voice...


7. When you look at them, you can't see the other people around you... all you see is him/her...


6. You start listening to slow songs, while thinking of them...


5. They become all you think about...


4. You get high just from their scent and closeness...


3. You realize that you're always smiling to yourself when you think about them...


2. You would do anything for them...


1. While reading this, there was one person on your mind the whole time.....

Source: 1001 Rahsia Diri

**so what do you think? is it true..? yea.. You ask it, You answer it by your Own, start contact them now! who know, they have same feeling as Your are.. ^_^

Mar 25, 2011

Bulan Kelahiran Dengan Perwatakan

*Seketika Berjalan2 di blogwalking pagi tadi aku jumpa la artikel ni kat 2dayblogger, aku berminat dengan artikel ni so nak share la kt sini, agar kita boleh tengok macamane keperibadian sebenar diri kite dan juga pasangan, mane tau kut2 boleh menjadi rujukan nk memahami diri sendiri dan pasangan anda.. ^_^, artikel ni adalah kajian & diterbitkan oleh Dato' Dr. Hj. Mohd Fadzilah Kamsah. sekiranya anda nk lebih banyak info tentang kehidupan & manusia sila la lawat laman web rasmi beliau yea..(klik je kat nama) @ search kt google.
"Memberi makanan minda dengan meningkatkan ilmu pengetahuan melalui pembacaan lebih besar makna dan fungsinya kearah menaikan tamadun dan peradaban manusia daripada memberi makan kepada tubuh badan semata-mata"
-Dato' Dr. Hj. Mohd. Fadzilah Kamsah-

Mar 21, 2011

^Rahsia2 Tentang Wanita^

...Assalamualaikum...
kali ni admin nak kongsi sedikit tentang rahsia wanita.. artikel ni admin dapat dari blog Rahsia Wanita.. just nak share kat sini, utk tatapan dan bacaan ..(http://www.rahsiaperkahwinan.com/)


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).


4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam
matanya,dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.
 

Jan 1, 2011

PETUA MENCUCI HATI


Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu di bawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati. Diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo’a – Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo’a turut katakan “Ya,Allah jadikan hatiku bersih”
2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100 X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa diampunkan, otak tenang, murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.
3. Solat taubat – Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.
4. Membaca Al-Quran – Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah “Qulhu-allah” sebanyak 3X.
5. Berma’af-ma’afan sesama kawan setiap hari. Semasa meminta maaf, maaf perlu disebutkan.
6. Bisikan kepada diri perkara yang positif. Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. katakan lah “Aku sebenarnya..”
7. Program minda/cuci minda – Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata, katakan di dalam hati “Ya, Allah cuci otak aku, cuci hatiku, esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif”. Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya.
8. Berpuasa – Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara-perkara kejahatan.
9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan, tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila- bila masa).
10. Kekalkan wuduk.
11. Bersedekah.
12. Belanja orang makan.
13. Jaga makanan – jangan makan makanan yang subhat.
14. Berkawan dengan ulama.
15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi).
16. Pesan pada orang, jadi baik.
17. Menjaga pacaindera , jangan dengar orang mengumpat.
-Petua Fadzilah Kamsah - Mencuci Hati-

 ~~
Marilah bersama-sama kiter berkongsi pengetahuan yea..:) sampai2kan pesan sesame insane, lagi2 yang beragama islam, tak rugi kiter menyampaikan walaupun sepatah perkataan yang baik..:)

“Life Is Sweet..when U didn’t judge Yourself Badly..”