Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Oct 21, 2015

Ayat Ruqyah Syariyyah | @ Feryco




Thak you
-----------------------------------------------
admin
Mr.D
TerataQKhaLifaHDeSign

Jul 17, 2013

ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR

Assalamualaikum, Alhamdulillah.. diberi lagi kesempatan utk berkongsi2 ilmu2 Allah.. hari ni admin da terbaca tentang satu tajuk menarik khusus buat para suami/Ayah tidak ketinggalan ibu/isteri. InsyaAllah.. admin minta izin kongsikan disini, mudah2an yang berkongsi tajuk ni dapat manfaat nya insyaAllah.. 





ADAB MANDIKAN BAYI BARU LAHIR...

Bayi baru lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.

Antara yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan tulang yang baik.

1. Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang suam.

2. Siraman pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.

3. Belaian dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.

4. Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga. Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan digunakan untuk menggosok dahi.

5. Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir Ya Latif, Ya Hadi.

6. Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau jangkitan kuman.

7. Siraman yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.

8. Selepas selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru lemah.


-End-

petikan dari :https://www.facebook.com/photo.php?fbid=547861781917826&set=a.351024588268214.72840.204864616217546&type=1&theater

yang baik datang nya dari Allah.. yang kurang dari kelemahan kita sebagai hambaNya..

wallahu'alam,

"sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering lupa dan leka"

Wassalam.

Jul 14, 2013

Warkah Seorang Penunggang Motosikal

Assalamualaikum wbt..

Alhamdulillah.. sekali lagi Allah izinkan untuk menaip disini.. admin nak berkongsi lagi apa yang admin terbaca di FB.. tentang luahan hati para penunggang motosikal atau dalam bahasa lainya.. kenderaan Dua roda.. jimat minyak utk yang nk jimat belanja.. dan kebiasaanya diguna oleh golongan sederhana..

Diharap dengan ada perkongsian ini nanti.. semua yang membaca dapat saling bantu membantu dalam memahami konsep hidup berkongsi di BUMI ALLAH ini.. semua kita ada hak2 masing2.. tapi sebagai hambaNYA jangan lah berbangga dengan hak sendiri, hormati jua hak orang lain.. sebab didunia ni kita kongsi2, hormat-menghormati, bertugas sebagai Khalifah ALLAH.. Ibadah didahulukan solat diutamakan.. nanti di akhirat, apabila masa hisab.. kita tanggung semua apa yang dibuat oleh diri sendiri.. xda siapa lagi dapat tolong jaga hak kita melainkan Allah swt..

jom kita baca warkah ni utk tatapan & iktibar buat semua..
===============================================

Assalamualaikum.




Dari Penunggang Motosikal,

Seluruh Negeri,

Malaysia.

_____________________________________________________

Kepada Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

1) Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak dihormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.

3) Di kawasan sesak & jem, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukar lorong & pastikan beri signal 10 saat terlebih dulu, (KAMI BUKAN ROBOT yg "auto detect" kereta nk kekiri atau kanan) sebab yang parah bukan anda tapi kami. TAKE NOTE!!

4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal..
P/S : Tolong Share ^^
Salam Ramadan

Credit to -umarul ariffin



dipetik dari: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10200309861010297&set=a.3847393104461.2141900.1267184428&type=1&theater

-END-..

InsyaAllah.. mudah2an dapat manfaat dari apa yang dikongsi, jika ada bahasa yang menyakitkan sesiapa yang membaca, admin minta maaf.. admin hanya berkongsi, kalau ada jarum yang patah jangan simpan dalam peti >_<.. memandangkan admin juga adalah pengguna kenderaan dua roda ni..

"sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering lupa dan leka.."

-----------------------------------------------------

Jangan Nilai Buku Hanya Kerana Kulitnya


Assalamualaikum wbt.


Alhamdulillah.. hari ni admin da terbaca kat FB sebuah Kisah dialog tentang seorang pemuda dengan ayahnya dan wanita yang bakal menjadi pasangan hidupnya.. kisah sangat berguna utk kita jadikan tauladan bahawa dakwah itu bukan setakat Berdakwah.. tapi dengan memilih pasangan hidup pun boleh jadi salah satu dakwah utk menyelamatkan hamba Allah yang masih jauh dipersimpangan jalan.. 

"don't judge a book by their cover" kerana kulit pemikiran manusia banyak yg binasa, alhamdulillah.. kita kena ubah fikiran kita, nak tengok orang berubah memang susah.. tapi lagi susah jikalau kita hanya tengok dan berkata2.. berbanding orang2 yang berusaha utk mengubahnya.. :) dakwah semampu yg kita boleh.. mudah2an dakwah yg sedikit akan membantu  agama Allah.. sudah pasti Allah akan bantu kita.. :)

mari kita ikuti cerita tersebut, klik pada link utk terus ke page tersebut:


kreadit utk rusydee artz (http://selamattinggal.blogspot.com)
dan:
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=478317102258663&set=a.326711354085906.74345.326705000753208&type=1&theater

Abah: "So dah decide siapa yang ko nak kahwini?"

Pemuda: "Dah. Saya pilih yang berpurdah full package."

Abah: "Abah bantah sekeras-kerasnya."

Pemuda: "Kenapa abah?! Katakan kenapa?! Katekanlah!"

Abah: "Abah nak ko pergi lamar minah yang baru pas STPM yang jual pisang goreng dekat corner tepi rumah Kak Bedah, Jalan Ampang, tepi kedai tepon, sebelum roundabout, trafik lite yang ketiga setelah balai polis tu."

Pemuda: "HAH!!? Ni masa depan saya, abah! Abah tak boleh paksa!"

Abah: "Redha orang tua boh! Tak guna abah hantar kau ke Jordan belajar agama kalau ko melawan cakap abah yang tua lagi uzur serta kencing manih ni."

Pemuda: "HMPH! Baiklah abah. Saya akur, rela dan redho."

Pemuda tu dah kenal sangat minah tu. Dengan seluar jeansnya, dengan tshirt ketatnya, dengan tudung pendeknya. Ah, langsung tak ada ciri-ciri isteri solehah idaman kalbunya.

Akhirnya, keluarga perempuan menerima lamaran keluarga si pemuda. Setelah kahwin, maka tinggallah si pemuda dengan minah tu.

Suami: "Kalau saya suruh awak something boleh tak?"

Isteri: "Boleh. Saya isteri awak sekarang."

Suami: "Awak pakai purdah boleh tak?"


Isteri: "Boleh..tapi sebelum tu, boleh tak ajar saya ilmu-ilmu agama, cara nak solat dengan betul, perbetulkan mandi hadas saya, ajar saya al-Quran..siyes, selama ni saya nak belajar agama, cuma tak tahu nak belajar dengan siapa. Tak ada orang nak tunjuk ajar saya. Tak cukup hanya belajar di sekolah. Cikgu tak tumpu pada saya, tapi satu kelas."

Suami: "Emm..insya-Allah.." (Rasa sebak dalam hati)

Pemuda tidak sangka, gadis yang disangka buruknya itu lebih mudah menerima didikan dan ajarannya. Tidak perlu dipaksa untuk belajar. Mudah menyerap segala ilmu yang diajar bila hati berkeinginan untuk belajar. Lama-kelamaan, kasih tersemai, hati bertaut.

Pemuda: "Terima kasih, abah."

Abah: "Bagus, inilah dakwah seorang suami. Kita bukan nak petik mawar berduri. Tapi kita nak tanam, baja dan semai pokok bunga mawar. Bunga mawar yang dipetik, pasti layu. Tapi bunga mawar yang bersama dengan pohonnya insya-Allah terus segar. Kau paham tak?"

Pemuda: "Faham, abah. Anda mampu mengubahnya."

Abah: "Salah tu. Anda mampu mendidiknya."

Pemuda dan abahnya ketawa bersama.

Pemuda dan isterinya hidup bahagia hingga akhirnya. Yang jahil boleh jadi solehah. Yang tak pakai purdah boleh dipakaikan purdah.
Segalanya mungkin.

Dengan iman dan keyakinan tinggi pada Allah.


-End-

Semoga bermanfaat dari yang dikongsi, InsyaAllah.. yang baik datang dari Yang Maha Kuasa Allah swt. yang kurang itu dari kita sebagai hambaNya.. wallahu'alam.

"sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering lupa dan leka"

Wassalam

Jul 13, 2013

CIRI ORANG YANG SEDANG JATUH CINTA

Assalamualaikum wbt,

Alhamdulillah.. seketika di FB admin terbaca update dari page I Love Allah SWT & I Love Muhammad SAW  boleh klik pautan untuk terus ke laman tersebut.. mudah2an dapat manfaat dari perkongsian ini. Kiranya penulisnya ada berkunjung ke sini.. mohon share yea. shukran, tabarakallah..


TANDA CIRI ORANG YANG SEDANG JATUH CINTA

Menurut hadits Nabi, orang yang sedang jatuh cinta
cenderung selalu mengingat dan menyebut orang yang
dicintainya (man ahabba syai'an katsura dzikruhu), kata
Nabi, orang juga bisa diperbudak oleh cintanya (man
ahabba syai'an fa huwa `abduhu).

Kata Nabi juga, ciri dari cinta sejati ada tiga:
(1) lebih suka berbicara dengan yang dicintai dibanding
dengan yang lain,
(2) lebih suka berkumpul dengan yang dicintai dibanding
dengan yang lain, dan
(3) lebih suka mengikutikemauan yang dicintai dibanding
kemauan orang lain/diri sendiri.

Bagi orang yang telah jatuh cinta kepada Allah SWT,
maka ia lebih suka berbicara dengan Allah Swt, dengan
membaca firman Nya, lebih suka bercengkerama dengan
Allah SWT dalam I`tikaf, dan lebih suka mengikuti
perintah Allah SWT daripada perintah yang lain.

Semoga Kita Lebih Mencintai ALLAH SWT dari pada segalanya..

Sebarkan page ini dengan Meng'klik' atau Meng'Share' agar kebaikan terus tersebar..

Semoga Bermanfaat, Insya ALLAH..

Feel Free To SHARE | TAG | LIKE
Buat bunda yang belum punya momongan, silahkan baca tips nya di sini : http://tipshamil.com/?ref=Dr.Rosdiana.R
semoga membantu, salam hangat dari kami.

-end-

"Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering Lupa dan Leka"

Wallahu'alam,
-Wassalam-

Jun 27, 2013

Solat 'Fulltime' Bukan 'PartTime'

Assalamualaikum wbt.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.. ketika singgah disebuah masjid, saya terpandang sebuah papan iklan.. sangat menarik dan simple.. Alhamdulillah.. mudah2an ramai lagi yang akan menyumbangkan kemahiran mereka dalam dakwah dalam memenuhi tanggungjawab sebagai Khalifah dibumi Allah.. >_<

"Jom Solat.."

kenapa perlu ambil satu sedangkan kita layak mendapat 27++

(Foto diambil di hadapan Masjid At-Taqwa: Barakallah mudah2n usaha menarik ramai jemaah bersolat disini, mendapat berkat dan rahmat dari Allah -Amin)


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi 

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani 

Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi 

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani

dipetik dari: luvislam92.blogspot.com 



Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering Lalai dan Leka..
Wallahu'alam
-Wassalam-

Jun 26, 2013

Muslimah, Berbanggalah Kamu Islam



Assalamualaikum wbt..salam sejahtera..

Alhamdulillah.. 2,3 hari lalu saya ada terbaca sebuah artikel.. insyAllah.. saya kan post kn disini.. pertama kali kreadit untuk penulisnya dan Harian Metro..
sama-sama kita ikuti kisahnya..

Ratu Elizabeth dan wanita Islam

Oleh Hilmi Isa
Saya baru sahaja selesai membaca satu e-mel dikirim seorang sahabat. Kisah benar ini berkaitan seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat (AS). Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu pada masa itu. Disebabkan hari sudah lewat, menapak di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat pada waktu itu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia pada saat itu. Waktu dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam mukanya. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong dia lalui semalam, hanya sepuluh minit selepas dia melintasi lorong berkenaan.

Dia yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ini dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa lelaki terbabit adalah perogol yang dicari. Tapi wanita ini hairan juga kenapa lelaki tadi tidak menjadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong itu, walhal dia keseorangan, tapi masih dipilih perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini hendak sangat mengetahui sebabnya. Jadi, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol terbabit.
Dia bertanya perogol itu dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu: “Kenapa awak tidak melakukan apa-apa terhadap saya malam itu walaupun awak tahu saya seorang sahaja pada masa berkenaan?” Perogol itu menjawab: “Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang berada di sebelah kanan awak dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak seorang diri malam itu, sudah pasti awak jadi mangsa saya.” Wanita ini berasa amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol itu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memeliharanya malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca.

Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya hingga Subuh. Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya...” Berikut pula adalah dialog perbualan seorang lelaki Inggeris yang skeptikal dengan hukum Islam terhadap wanita. Persoalan beliau dijawab oleh seorang syeikh (orang tua atau orang alim) yang sangat berilmu. Lelaki itu bertanya: “Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki?” Syeikh menjawab: “Dapatkah kamu berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?” Lelaki itu membalas kembali: “Oh tentu sekali tidak boleh! Cuma orang tertentu sahaja yang dapat berjabat tangan dengan ratu.” Syeikh tersenyum seraya berkata: “Wanita-wanita kami (kaum Muslimat) adalah kalangan ratu dan ratu tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).” Lalu si lelaki itu mengalihkan sedikit fokus isu dan bertanya lagi: “Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?” Syeikh tersenyum dan mengeluarkan dua coklat daripada poket beliau. Ilmuwan itu membuka yang pertama dan membiarkan satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Lantas syeikh bertanya: “Jika saya meminta anda untuk mengambil satu coklat, mana yang anda pilih?” Lelaki itu menjawab: “Yang tertutup...” Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.” Terbukti dan jelas, syariat Islam berkaitan wanita bukan untuk mengongkong, tapi bertujuan melindungi kesucian dan kehormatan Muslimat. Justeru, pastikan ahli keluarga kita, terutama anak gadis dalam konteks ini mentaati syariat untuk memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Penulis Perunding Psikologi Bahasa & Penulis Buku Marah Tapi Sayang dan boleh dihubungi melalui Facebook: Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21
********************
sama-sama kita renungkan..
Sekadar berkongsi & memperingatkan diri ini yang sering lalai dan lupa..

Wassalam

-----------------------------------------------------

Jun 23, 2013

Salam Sya'ban Marhaban ya Ramadhan



Assalamualaikum wbt..

kini telah tiba syaban.. sekian lama blog ni x di update..
InsyaAllah dengan izin Allah..

admin akan do da bes untuk memberi kan input2 yang terbaik..
sebagai perkongsian ilmu yang ada..
mana-mana yg silap dari kami..

harap dpt teguran dan bimbingan dari semua pengunjung yang bertandang kesini..
di kesempatan ini.. admin mengucapkan

Salam Sya'ban marhaban ya ramadhan.. kepada semua umat islam..

moga2 kita diberkati di dalam bulan ini dan disampaikan usia kita menjejak ke bulan Ramadhan.. amin..

Wassalam.. 

-----------------------------------------------------

Nov 30, 2011

Amalan Semasa Mengandung dan Panduan Selepas kelahiran Bayi


Sewaktu mengandung, sebaik-baiknya kita membaca surah-surah di dalam Al-Quran untuk dijadikan amalan harian. Ia juga baik diamalkan sewaktu membesarkan anak-anak.

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik 
2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai 
3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh 
4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT) 
5. Surah Al-Fatihah 
6. Surah Yaasin 
7. Surah Ayatul Kursi 
8. Surah Al-Araaf ayat 189 
9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik 
10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat 
11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat 
12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT
13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak 
14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik 
15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

 *************************************** 
 Untuk mudahkan anak-anak menerima pelajaran, suruh anak-anak mengamalkan bacaan surah Al-Insyirah ayat 1 – 8 (Alam Nasyrah) dan surah Al-Alaq (Iqra’) dalam solat Subuh. Selain itu, hafal serta amalkan surah An-Nur ayat 30 untuk terangkan hati, insya-Allah. Amalan suami semasa isteri mengandung. Perkara-perkara yang perlu diamalkan oleh suami ketika isteri mengandung : 
 *Suami hendaklah banyak bertaubat kepada Allah SWT 
 *Banyak membaca Al-Quran dan mengharapkan agar anak yang ada dalam kandungan isteri akan memahami keinginan baik yang terkandung dalam Al-Quran tersebut. 
 *Suami hendaklah banyak berpuasa sunat, Isnin dan Khamis dll. 
 *Suami hendaklah rajin mengerjakan solah berjemaah. 
 *Elakkan pergi ke tempat yang tidak dibenarkan syarak. 
 *Rajin menghadiri majlis ilmu dan orang-orang soleh.
 *Suami hendaklah banyak bersabar dalam menjalin hubungan dengan isteri. 
 *Dilarang memakan benda-benda haram, begitu juga dilarang memberi isteri rezeki yang tidak halal, rasuah serta wang riba.
 *Banyak membaca doa keselamatan isteri yang sedang mengandung dan keselamatan anak dalam kandungan. 
 *Dilarang membuka aurat kerana dikuatiri mempengaruhi akhlak anak yang akan lahir nanti. *Suami hendaklah menjauhi diri daripada marah dan benci pada isteri. 
 *Banyak membaca surah Al Fatihah, Luqman, Yasin, Yusuf, Surah An Nahl ayat 78, surah Al A'raf ayat 189 dan ayat Kursi. Ketika isteri mengandung, suami hendaklah benar-benar bertanggungjawab terhadap isteri kerana perasaan isteri sangat sensitif pada saat itu. Ia sangat memerlukan perhatian daripada suami yang disayanginya. 

Ada beberapa perkara yang perlu suami lakukan terhadap isteri yang sedang mengandung : 
*Suami hendaklah menunjukkan rasa kasih sayang terhadap isteri, sebagai teman hidup yang paling dekat. 
*Hendaklah berlaku jujur dan setia terhadap isteri serta hindari daripada bersikap kejam terhadap isteri. 
*Selesaikan dahulu jika ada perselisihan faham yang berlaku dengan isteri sebelum masuk tidur.
*Jangan mudah mengeluarkan perkataan talaq kepada isteri. 
*Ketika isteri hampir bersalin, suami digalakkan membaca doa berikut, "La ila ha illa anta subha naka inni kun tu minadzolimin" maksudnya "Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah. Sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang yang zalim."
*Suami hendaklah kerap solat sunat dan mendoakan agar isteri dan anak dalam kandungan selamat. 

Dorongan Suami semasa isteri bersalin Suami yang soleh akan turut merasakan penderitaan isterinya walaupun tidak secara langsung. Suami harus banyak terlibat dalam proses jagaan kehamilan, kelahiran bayi dan perhatian terhadap isteri. Suami hendaklah memberi motivasi kepada isteri agar tetap tabah dan bersabar, di samping itu suami harus banyakkan berdoa dan beristigfar dan selawat. Dengan cara ini perasaan isteri akan menjadi tenang dan mudah bersalin. Mengandung merupakan beban dan tekanan terhadap wanita. Dari segi fizikal, ia harus menampung kandungannya, tubuh badannya bekerja lebih kuat. Jantungnya mengepam darah 40% lebih daripada keadaan biasa. Buah pinggangnya harus mengendalikan pembuangan kotoran bayinya. Wanita mengandung juga mengalami perubahan emosi. Waktu pantang dan selepas kelahiran, bayi juga dapat menimbulkan tekanan jiwa dan emosi isteri kerana ia harus menyusu dan membersihkan bayi antara 2-3 jam setiap malam. 

Suami yang baik akan berusaha mengurangi beban isteri dan turut menjaga bayi di waktu malam. Begitu seterusnya perhatian dan tanggungjawab suami terhadap isteri itu berterusan, semenjak hamil sehinggalah menjaga anak adalah pekerjaan yang harus dibantu oleh suami agar isteri dapat merasakan kebahagiaan dan keringanan dalam menjalankan tanggung-jawab yang berat itu. Mengapa bayi lahir menjadi kenan Kelahiran bayi cacat atau kenan mempunyai kesan dalam hati ibu bapa, saudara mara dan juga masyarakat. Reaksi pertama ibu adalah kesedihan dan kepiluan. Ia merasa hampa kerana anak yang dikandungnya selama 9 bulan itu cacat atau kenan. Kecacatan ini timbul dari berbagai gejala. Puncanya mungkin disebabkan oleh baka dan keturunan, jangkitan kuman, pendedahan kepada ubatan dan bahan kimia, masalah pemakanan, dadah, arak dan sebagainya. Ramai orang percaya bahawa wanita yang kenan melahirkan bayi yang cacat. Seringkali kelahiran cacat dikaitkan dengan kejadian ketika isteri mengandung seperti suami membunuh binatang dll. Kejadian itu dikaitkan bila bayi lahir cacat, tapi tidak bila bayi dilahirkan normal. Islam menganjurkan umatnya melakukan kebaikan dan menjauhi kejahatan. Begitu juga dengan kenan dan kecacatan ini, jika suami isteri melakukan kebaikan, tuhan akan membalas dengan kebaikan dan begitu sebaliknya. Tanggungjawab bapa terhadap kelahiran anak 

 *Menanam uri - Kebanyakan daripada kita tidak menghiraukan tentang kepentingan uri. Di saat-saat kegembiraan menerima ahli baru, seringkali uri dilupakan. Jika pihak keluaga tidak mengambil uri, klinik atau hospital mengumpulkan uri-uri itu dan didermakan kepada syarikat swasta. Kemudian uri itu diproses bagi memperolehi hormon yang terkandung di dalamnya. Hormon-hormon ini banyak digunakan dalam alat-alat kecantikan dan solekan. Sebahagian ibu bapa cuma membuangkannya dalam tong sampah tanpa memikirkan uri adalah teman rapat bayi di dalam kandungan. Uri amat penting kepada bayi. Orang tua dahulu mengamalkan cara menanam uri dengan baik. Mereka mencuci dan membalutnya dengan kain dan ditanam. Adab ini adalah baik kerana menghargai sesuatu. 

 *Mengazan dan mengqamatkan bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani. 

 *Mendoakan anak - Usaha membesarkan dan mendidik anak supaya menjadi manusia berguna bukanlah suatu yang dapat dipastikan kejayaannya. Berdoa adalah satu usaha. Doa merupakan usaha meminta pertolongan kepada Allah. Lima perkara yang memepengaruhi jiwa dan harapan orang yang berdoa: 

*Dengan berdoa, maka semakin tumbuh subur keyakinan bahawa Allah SWT itu dekat. 

 *Segala permohonan dari hamba-Nya akan mendapat perhatian sepenuhnya daripada Allah SWT. 

 *Supaya doa itu diterima Allah SWT, maka orang yang berdoa terlebih dahulu menjalankan petunjuk dan anjuran Allah. 

 *Hendaklah percaya dengan kesungguhan hati dan keimanan kepada Allah SWT. 

 *Dengan menjalankan seruan Allah dan percaya kepada-Nya maka Allah akan memberikan petunjuk dan ilmu pengetahuan agar tidak tersesat dan berputus asa. Antara doa-doa yang patut diamalkan oleh orang tua agar anak-anak mereka menjadi orang yang diredhai Allah iaitu: 

 *Doa agar anak patuh kepada Allah - Al Baqarah : 128 

 *Doa agar diberi anak yang baik - Al Imran : 38 

 *Doa agar diberi zuriat yang menyenangkan hati - Furqan : 74 

 *Doa agar anak tetap mengerjakan solat - Ibrahim : 40 

 *Doa ketika memberi nama anak Panduan menamakan anak Sunat memilih nama yang baik.

Memberikan nama merupakan cermin keperibadian dan kefahaman orang tua, kerana nama yang diberikan menggambarkan harapan hati dan harapan orang yang memberikannya. Syariat Islam menganjurkan supaya nama yang baik kerana nama tersebut akan dipanggil Allah pada hari Qiamat. Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya: "Namakan dengan nama para nabi, dan nama yang paling Allah suka ialah nama Abdullah dan Abdurrahman dan nama yang paling benar ialah Harits dan Humaam dan nama yang paling buruk ialah Harb dan Murrah. " (HR. Abi Wahab Al-Jasyimi). Para ulama sepakat mengharamkan semua nama yang mengabdikan selain dari Allah SWT seperti Abdul Uzza, Abdul Ka'abah dan lain-lain. Nama yang makrikh yang perlu dihindari iaitu Yasar, Rabah, Najah, Aflah dan Barakah. Nabi SAW melarang umatnya menamakan anak dengan nama-nama tersebut. Nama seperti nama malaikat seperti Mikail dan sebagainya. Ada 2 pendapat ulama, sebahagiannya membolehkan manakala sebahagian lagi melarang. Tidak boleh menamakan dengan nama-nama yang buruk yang akan menggambarkan corak kehidupan yang tidak dapat diterima oleh fitrah manusia. 

 Tidak boleh menamakan dengan nama daripada surah dalam Al-Quran seperti Thaha, Yasin dan sebagainya. Ibnul Qayyim menjelaskan, nama Yasin dan Thaha adalah salah satu nama nabi adalah tidak benar. Imam Malik mengatakan bahawa nama-nama tersebut makruh dipakai untuk nama anak. Rasulullah menganjurkan kepada seseorang yang mempunyai cita-cita yang baik untuk diharapkan melalui nama anak-anak. Memberi gelaran kepada anak Adalah sangat terpuji memberi gelaran yang baik kepada bayi semenjak kecil lagi bagi memberikan motivasi anak. Namun begitu, biarlah gelaran yang baik dan jauhi gelaran yang boleh memalukannya. Masa memberikan nama dan orang yang berhak memberikan nama. Berdasarkan kepada beberapa hadis Rasulullah SAW, maka memberikan nama bagi bayi dapat dilakukan pada hari lahirnya ataupun 3 hari sesudah kelahiran. Jika belum, boleh ditunda hingga sampai perlaksanaan aqiqah. Siapa yang berhak, ayah atau ibu? Sebenarnya ianya boleh dibincang antara suami dan isteri ketika ingin memberi nama. Menurut Nasya'at Al-Masri, hak memberi nama diberikan pada ayah, kerana dalam Al-Quran menjelaskan supaya anak dinasabkan kepada ayah bukan ibu. 

 Penyembelihan aqiqah Untuk mensyukuri kelahiran anak, agama menganjurkan untuk mengadakan acara kesyukuran. Menyembelihkan kambing bagi anak lelaki, 2 ekor dan seekor bagi anak perempuan. Acara tersebut sebaiknya dijalankan ketika anak berumur 7 hari. Aqiqah amat penting, menurut keterangan ulama, hukumnya adalah "Sunat Muakkad". Dengan aqiqah akan menjadikan anak dapat memberi pembelaan (syafaat) kepada orang tuanya pada hari qiamat. Hikmah aqiqah. 

 *Sebagai bukti dari perasaan gembira, kerana diberi kekuatan oleh Allah untuk menjalankan syariat Islam serta dianugerah anak, serta mempunyai harapan agar anak tersebut akan mengabdikan dirinya kepada Allah. 
*Membiasakan berkorban bagi orang tua, demi kepentingan anak yang baru lahir. 
*Melepaskan penghalang pada bayi dalam memberikan syafaat kepada orang tua mereka kelak. *Melindungi daripada syaitan sehingga setiap anggota tubuh aqiqah berguna untuk menebus seluruh anggota tubuh bayi. 
*Pada waktu memotong aqiqah juga hendaklah diucapkan seperti pada waktu memotong korban iaitu membaca Bismillah. 
*Lebih utama memasak aqiqah itu dan tidak diberikan dalam keadaan mentah. Untuk memudahkan para fakir miskin untuk menikmatinya dan ini lebih terpuji. 
*Umur binatang aqiqah yang disembelih adalah sesuai dengan yang diperintahkan, sihat dan tidak cacat. 
*Tidak sah apabila dilaksanakan secara bersama-sama oleh beberapa orang dengan seekor kambing. 
*Sebaik aqiqah itu berbentuk kambing, walaupun ada juga yang menyembelih seekor unta, lembu atau kerbau. 
*Diutamakan memotong aqiqah atas nama bayi. Rasulullah SAW bersabda, "Sembelihlah atas namanya". Ertinya diniatkan atas nama bayi dengan mengucapkan nama Allah. *Penyembelihan terbaik dilakukan sesudah matahari terbit. 
*Sesuatu yang terpuji pada pemotong aqiqah adalah sama terpuji pada pemotong korban iaitu, dagingnya disedekahkan. Yang baik ialah dibahagi 3 iaitu sebahagian dimasak sendiri, sebahagian dihadiahkan dan sebahagian lagi disedekahkan. 
*Tidak diperkenankan menjual kulit aqiqah atau dijadikan bayaran penyembelihan. Harus disedekahkan atau diambil untuk keperluan orang yang mengadakan aqiqah. 
*Bagi seseorang yang mengetahui bahawa orang tuanya belum melakukan aqiqah untuknya, maka dianjurkan untuknya melakukan aqiqah, seperti Nabi telah melakukan aqiqah untuk dirinya setelah diangkat menjadi Rasul. 
*Sebelum dilakukan penyembelihan aqiqah terlebih dahulu melakukan pencukuran rambut bayi. Kemudian rambut ditimbang dan nilai rambut disedekahkan pada fakir miskin. Mengkhatankan anak Berkhatan atau bersunat harus dilakukan untuk membersihkan anak-anak kerana kemaluan merupakan tempat najis yang harus dibersihkan. Hukum berkhatan menurut Imam Shafie, Imam Malik dan Al-Auzai dan lain-lain, berkhatan hukumnya wajib. Khatan Nabi Ibrahim Dan Rasulullah SAW. Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun. Beliau khatankan Nabi Ismail pada usia 13 dan Nabi Ishaq pada usia 7 tahun. Ada riwayat mengatakan Rasulullah dilahirkan sudah berkhatan dan juga riwayat mengatakan baginda dikhatan oleh Malaikat Jibrail. Hikmah dan kelebihan berkhatan 
*Berkhatan merupakan asas daripada kebersihan dan merupakan syariat Islam perlu dikerjakan. 
*Menyempurnakan tuntutan syara' yang sesuai dengan sunnah Nabi Ibrahim dan Rasulullah SAW. Sebagai usaha ke arah kebersihan diri untuk mengabdikan diri pada Allah SWT. *Sering digunakan sebagai perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam. 
*Dari aspek kesihatan, ia boleh mendatangkan kebersihan pada kemaluan, mencantikkan bentuk dan merangsang syahwat. 
 *Menjaga kesihatan tenaga batin serta memelihara diri dari dihinggapi penyakit kelamin. 
 *Mengandungi hikmah yang besar di sebalik yang dilihat oleh mata kerana ajaran Islam yang lengkap dan murni, setiap yang disuruh pasti mengandung makna yang mendalam. 

 Mendidik moral anak Memberikan pendidikan kepada anak adalah kewajipan ibubapa. Firman Allah dalam suruh Luqman ayat 12 - 19 memberi beberapa pokok ajaran Luqman, antaranya : 
 *Pendidikan supaya bersyukur 
 *Pendidikan supaya jangan mempersekutukan Allah 
 *Pendidikan supaya berbakti kepada orang tua 
 *Pendidikan tentang balasan dari hasil perbuatan yang baik dan sebaliknya. 
 *Pendidikan tentang solat 
 *Pendidikan tentang amar makruf nahi mungkar 
 *Pendidikan supaya bersabar 
 *Pendidikan supaya jangan sombong dan angkuh 
 *Pendidikan kesederhanaan Erti anak bagi orang tua Setiap orang akan merasa bahagia apabila dikurniakan anak. 

Namun di sebalik kebahagiaan ini tersimpan tanggungjawab yang amat berat yang harus dipikul. Anak amat bererti pada ibubapa, antaranya: 

 *Anak sebagai rahmat Allah SWT 
 *Anak sebagai amanat Allah SWT 
 *Anak sebagai harta yang tergadai 
 *Anak sebagai penguji keimanan 
 *Anak sebagai alat untuk beramal 
 *Anak sebagai saham di akhirat 
 *Anak sebagai sumber kebahagiaan 
 *Anak sebagai tempat bergantung di hari tua 
 *Anak sebagai penyambung cita-cita 
 *Anak sebagai makhluk yang harus diberi pendidikan

**Petikan Artikel

Sekadar berkongsi & memperingati diri yang sering leka dan lalai ini..
Wassalam

May 16, 2011

[6 Doa mengelak terkena sihir]


[Mengelak Sihir:Petikan Artikel]
Dibawah ini dinyatakan cara-cara atau amalan yang boleh dilakukan
untuk memagar diri anda dari perbuatan jahat tukang sihir atau
pengamal ilmu hitam. Sihir mungkin tidak mengenal siapa anda. Ia boleh
menyerang anda.. ketahuilah cara memagari diri anda dari sihir dan
gangguan syaitan.

1. Makan Tamar 'Ajwah dan Tamar Madinah
(Riwayat Abu Daud Dengan Sanad)
2. Berwuduk Sebelum tidur
Sihir tidak akan memberi sebarang kesan terhadap seseorang muslim yang
mempunyai wuduk. Setiap muslim yang berwuduk akan sentiasa dikawal ketat oleh para Malaikat sebagaimana diperintahkan oleh Allah
S.W.T kepada meraka. Sabda Rasulullah s.a.w : Ertinya:
"Sucikanlah jasad-jasad ini mudah-mudahan Allah akan menyucikan kamu,
Kerana sesungguhnya tiada seorang pun dari mereka yang bersuci
terlebih dahulu sebelum tidur, melainkan anda bersamanya"

Malaikat tersebut tidak akan pernah terlali walaupun sedetik untuk
mengucapkan doa: "Ya Allah! Ampunilah dosa hambaMu ini kerana dia
telah tidur dalam keadaan bersuci"
(Riwayat AT Tabraabiy Dengan Sanad Yang Baik)

3. Mengambil berat tentang solat berjemaah
Mengambil berat tentang solat berjemaah akan menjadikan seseorang
muslim bebas serta aman dari gangguan syaitan. bersikap sambil lewa
terhadap solat berjamaah akan menyebabkan syaitan akan mengambil
peluang untuk mendampingi mereka. Apabila selalu berdampingan, lama
kelamaan ia akan berjaya merasuk, menyihir atau melakukan kejahatan
lain.

Mengikut riwayat Abu Hurairah r.a., Rasululllah saw telah bersabda: Ertinya:

"Mana-mana kampung mahupun kawasan hulu yang tidak mendirikan solat
berjemaah meskipun penduduknya cuma tiga orang, nescaya akan
didampingi oleh syaitan"

Oleh itu hendaklah dirikan solat berjemaah, sesungguhnya serigala akan
memakan kambing-kambing yang menyendiri dari puaknya.

Nov 5, 2010

PESANAN BUAT SUAMI

Assalamualaikum..

-PESANAN BUAT SUAMI-
(Oleh: Dato’ Dr Hj Fadzilah Kamsah)

1.      Selalu Mengahargai Usaha Dan Penat Lelah isteri, terutamanya yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2.      Bila isteri bercakap, pandang mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan sumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima dairpada isteri denga bijak serta prihatin.

3.      Jangan sekali-sekali mebandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghiasa istgeri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4.      Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat sahaja.


5.      Kalau pasangan dan ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing dan berak anak. Sedangkan suami duduk bersandar kekenyangan macam maharaja.

6.      Jangan sekali-sekali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.


7.      Sekiranya suami makan dulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri, yang tinggal Cuma ekor ikan sekerat dan janggut sotong dan ekor taugeh.

8.      Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritahu isteri dahulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best2 dan mengemas rumah cantik2. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerakan dan isteri Cuma masak Mi Maggi saja.


9.      Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badanya yang semakin sihat atau melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dahulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu boleh Control kentut?

11. Hormatilah ibubapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda Cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali-kali mencaci mereka walaupun secara bergurau.


12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” taknak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.


14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna pencukil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang barang simpan balik ditempat asalnya, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan Tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tamu di rumah sahaja.


16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputarbelitkan tafsiranya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. ….Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain, Main lagi la tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, kalau awak buat??


18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuat isteri, tegurlah secara baik, janganlah asyik nak menengking sahaja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kene jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak??

19. Kalau isteri Nampak tak sihat cepat2lah bawa jumpa doctor. Tunjukanlah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa Veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya, ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukanya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat kalau suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri masuk syurga. Kalau suami masuk Neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk Neraka tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya pernah dengar dari seorang ustaz.


22. Berusahalah dengan ikhlas, untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk, atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati perempuan ni sensitive. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami,boleh jadi kanser kepada isteri. Kepada suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah anggap masaalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. Berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang ada dalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan tuhan”

“Ya Allah Jika Aku Jatuh Cinta, Cintakalah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-MU, agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-MU”

“Aku Mencintaimu kerana agama yang ada padamu.. jika kau hilangkan Agama dalam hatimu, hilanglah cintaku padamu” (imam Nawawi)

-Petikan Dari Sumber-

~Carilah Ilmu Dalam Mencari Kebahgiaan & Berusahalah menggapai kegembiraan meski pun Menghadapi Banyak Kesukaran dari Kesenangan~