Showing posts with label Doa Kekasih. Show all posts
Showing posts with label Doa Kekasih. Show all posts

Mar 29, 2011

"Ya Rabbi, Perkenankanlah Doa kami"


~ya Allah kurniakanlah kami kekuatan sepanjang perjalanan ini~

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami memohon kepadaMu agar majlis perkahwinan pada  1 Rejab 14_H diberkati olehMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kami menadah kedua belah tangan untuk memohon
Agar Engkau berkati, rahmati dan redhai hdp kami ini
Kurniakanlah kepada si suami ibarat keteguhan cinta Saidina Ali kepada Fatimah
Kekuatan untuk menjadi suami dan ayah
Yang mampu memandu, membimbing dan mendidik
Isteri dan anak-anak
menuju ke jalan yang Engkau redhai
Anugerahkanlah pula kepada si isteri kehebatan kasih Saidatina Fatimah kpd Ali
Keupayaan untuk menjadi isteri dan ibu
Yang mampu menjaga maruah diri serta mengasuh
Anak-anak yang menjadi amanah
Kurniakanlah kepada kami
Ya Allah
Zuriat yang soleh solehah
Dan agar berkekalan hubungan  ini Sehingga ke dalam syurga
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Teguhkan iman kami
Mantapkan aqidah kami
Mudahkan urusan kami
Murahkan rezeki kami
Halalkan makan minum kami
Berkatilah kehidupan kami
Dan matikanlah kami dalam Iman dan Islam
Masukkanlah kami ke dalam syurgaMu
Hindarkanlah
kami dari azab nerakaMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkanlah dosa kami,
Dosa kedua orang tua kami,
Dosa ahli keluarga kami
Sesungguhnya kami telah banyak melakukan dosa
Baik yang zahir mahupun yang batin
Yang kecil mahupun yang besar
Sesungguhnya tiada siapa yang dapat mengampunkan dosa kami Ya Allah
Maka ampunkanlah dosa kami Ya Ghaffar
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berilah kekuatan kepada kami membina individu Muslim yang taat kepadaMu
Keluarga Muslim yang mengamalkan nilai hidup Islam
Masyarakat Muslim yang tinggi nilai ukhuwwahnya
Dan negara yang baik serta mendapat keampunanMu
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jadikanlah kami yang telah berkahwin ini
Menjadi contoh yang hidup kepada pengantin baru
Dalam melayari bahtera rumahtangga
yang kadangkala tenang dan kadangkala bergelora
Kurniakanlah mereka kekuatan iman dalam
menempuh segala cabaran yang mendatang
Amin Ya Rabbal Alamin.

~ Amin~

Oct 31, 2010

Our Hope Now, Past & Future

DOA KEKASIH
Ya Allah…
Seandainya telah engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagian antara kami….
agar kemesraan itu abadi…
Dan
ya Allah…
ya tuhanku yang maha mengasihi…
Seiringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Tetapi ya Allah…
Seandainya telah engkau takdirkan…
dia bukan miliku… Bawalah ia jauh dari pandanganku…
Luputkanlah ia dari ingatanku…
Dan peliharalah aku dari kekecewaan….
Serta.. ya Allah ya tuhanku
yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan…
Melontar bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Dan
ya Allah yang tercinta…
Gantillah yang telah hilang…
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah…
Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya tuhanku…
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu… Sesungguhnya apa yang telah engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan di akhirat…
Dengarlah rintihan dari hamba Mu yang daif ini…
Jangan engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….
Amin..
Ya Rabbal A’lamin..
-Petikan Dari Sumber-

“..Mengharap Tanpa Usaha, Bukanlah Satu Langkah yang bijaksana, Namun… Berusaha Untuk Berubah Dan Mencari, Bukanlah Suatu Tindakan Yang mengundang Rugi..”