Showing posts with label ISLAM. Show all posts
Showing posts with label ISLAM. Show all posts

Oct 21, 2015

Ayat Ruqyah Syariyyah | @ Feryco




Thak you
-----------------------------------------------
admin
Mr.D
TerataQKhaLifaHDeSign

Sep 20, 2015

Syamail Muhammadiah 1


*Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh,
Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :

“Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.

*Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat Rasulullah:

"Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Beliau bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak keriting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk,be ntuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripadu bulu dan rambut, tetapi beliau mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

Sep 9, 2013

Kenali Sahabat/Temanmu

gambar hiasan dipinjam dari pakarcinta.com


Assalamualaikum..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.”

Aug 8, 2013

Selamat HARI RAYA AIDILFITRI 1434/2013


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah diberi lagi kesempatan menaip disini.. telah sebulan berpuasa, Ramadhan pun meninggalkan kita.. jadi hari ni admin nk share petikan yang, insya'Allah baik untuk dibaca dan diamalkan semua..
--------------------------------------------------
Ucapan Idul Fitri yang Sesuai Tuntunan Nabi
07 Ogos 2013

Dipetik Dari:
http://www.bersamadakwah.com/2013/08/ucapan-idul-fitri-yang-sesuai-tuntunan.html

Aidil fitri akan segera tiba. Bagaimanakah ucapan di hari raya Aidil Fitri yang sesuai tuntunan Nabi? Apakah “Minal Aidzin wal Faizin” seperti budaya di negeri kita, atau saling meminta maaf dalam bahasa Arab?

Ternyata, ucapan yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum.”
(semoga Allah menerima (ibadah) kami dan (ibadah) kalian). Ia sebuah doa.

Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari menjelaskan, “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari 'Eid, mereka berkata kepada sebahagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minkum.”


Kapankah waktu mengucapkan taqabbalallahu minna wa minkum?
Ibnu Taimiyah menjelaskan, taqabbalallahu minna wa minkum mulai diucapkan ketika bertemu setelah selesai shalat Id. Beliau mengatakan, “Ucapan hari raya di mana sebahagian orang mengatakan kepada yang lain jika bertemu setelah shalat Id, ‘taqabbalallahu minna wa minkum’, ‘Ahalallahu ‘alaika’, dan sejenisnya ini telah diriwayatkan dari sekelompok sahabat bahwa mereka mengerjakannya.”

Lalu, haramkah ucapan “minal aidzin wal faizin” yang merupakan kependekan dari “ja’alanallahu minal aidzin wal faizin”? Ucapan yang juga merupakan doa yang artinya “semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang” itu tentu tidak haram sebagaimana kita boleh berdoa dalam bahasa apa pun dan meminta kebaikan apa pun kepada Allah. Namun, apa yang dituntunkan Rasulullah lebih utama. Maka yang lebih baik adalah berupaya membudayakan ucapan ‘taqabbalallahu minna wa minkum.’

Demikian pula, meskipun ucapan “mohon maaf lahir dan batin” tidak pernah dicontohkan Rasulullah dan para sahabatnya, ucapan itu boleh-boleh sahaja sebagaimana meminta maaf itu boleh dilakukan bila-bila sahaja. Dan masyarakat mengambil momentum Aidil Fitri sebagai sarana silaturahim dan saling bermaafan. Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]


-End of article-
-------------------------------------------------------------------------------------
Wallahualam,
Dikesempatan ini kami mengucapkan:

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1434 H, 2013 M..
Minnal Aidil Wal Faizin, Maaf Zahir & Batin.. Mudah2an segala amalan kita diterima Allah SWT. AMin.

Ikhlas Dari kami:
Admin
"Sekadar berkongsi & memperingatkan diri ini yang seringn lupa dan lalai"

Wassalam.

Jul 23, 2013

Amalan CUKUR JAMBUL Bidaah?


Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah.. sering kali ibubapa akan tertanya2 bagaimana cukur jambul sebenarnya dalam islam.. insya Allah. hari tu admin ada terbaca artikel ni, tapi malangnya admin lupa nk ambik hyperlink nya.. jadi kepada semua yang membaca artikel ini, mohon cari maklumat lanjut kat web seperti mana dibawah:

http://www.islam.gov.my/senarai-rujukan-laman-web-islam

http://www.e-fatwa.gov.my/

http://www.jais.sarawak.gov.my/

carian Google: Majlis Agama Islam

carian google: Jabatan Agama Islam

Ikuti artikel ini:

13 Kesilapan Di Bulan Ramadhan



Selamat pagi salam sejahtera,

Alhamdulillah.. hari ni admin cuti, ada masa terluang ni admin g cari artikel2 utk bacaan agar dpt tambah pengetahuan (ilmu)...Insya Allah, Seperti mana hadis berikut :

- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)


Maksudnya - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Dalam pencarian2 tadi admin jumpa artikel ni, mohon share disini yea tuan, dipetik dari: http://www.loveloveislam.com/:

------------

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman.


Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada
para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang
berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan
perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam
solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu
sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an,
padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah
(tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara
dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
----------------------

-End-

Mudah2an dapat manfaat dari yang dikongsi, ambil iktibar dari kisah2 yg kita baca, ambil pengajaran dari ilmu yg kita dapat.. kita berubah kepada yg lebih baik.. lebih baik dari langsung tiada perubahan.. (makin hari makin ingat kepada pencipta, dari Nya kita datang, kepada Nya jua kita kan kembali, itu memang pasti..)

"sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering Lupa dan Lalai"

yang baik datang nya dari Allah dan RasulNya, yang kurang datang dari diri ini,

Selamat menjalani ibadah puasa, >_<
-----------------------------------------------------

Jul 13, 2013

Biodata Al-Quran

dipetik dari: https://www.facebook.com/photo.php?fbid=447347191982360&set=a.328393700544377.90730.307542252629522&type=1&theater
Assalamualaikum wbt.,

Alhamdulillah.. syukur pejam celik hari ni dah 4 Ramadhan rupanya.. Alhamdulillah.. Allah bagi peluang.. terharu rasanya dengan kasih sayang Allah.. memberi ruang dan peluang.. memang benar wahai saudara, Allah itu sifatnya ArRahman dan ArRahim..

Baru 4 Hari ramadhan, sekali sekala ada juga kedengaran dah bunyi2 mercun.. :) tersenyum ja.. puasa belum habis fasa 10 pertama dah semangat... (mercun adalah menyalahi undang2 negara ..jadi jgn main mercun). hari ni time baca wall kat FB admin da terjumpa satu gambar yg menceritakan secara ringkas tentang biodata Al-quran.. mari kita berkongsi, mudah2an dapat membantu mereka2 yg masih mencari Ilmu.. amin.

Moga dapat manfaat dari yang dikongsi, apalah kiranya kita kenal ramai artis2 terkenal.. namun Al-quran yang wajib kita imani,(Rukun Iman) kita tak tahu apa rahsia disebalik Al-quran..

Seperti juga kita membeli HP baru.. jika tuan-puan perasan disertakan bersama2 didalam kotak pembelian akan ada "BUKU PANDUAN".. cara penggunaan dan penjagaan ada didalam nya.. oleh itu Al-quran bertindak seperti mana buku panduan tersebut dalam hidup kita.. insyaAllah.

dipetik dari: http://www.jomkenalislam.my/2013/05/tujuan-al-quran-diturunkan.html
Jadi, insyaAllah kita luangkan masa kita sepanjang ramadhan ni dengan membaca alquran, pahala berganda Allah janjikan.. mudah2an Allah kurniakan ramadhan yang benar2 menjadikan kita Fitrah di hari 1 syawal nanti insyaAllah.. 

"Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering lupa dan leka"

Wallahu'alam
-----------------------------------------------------

Jul 9, 2013

Malam Pertama Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt,
Tarawih pertama, sungguh menakjubkan... Allahu Akbar!! itu yang termampu diungkapkan.. Umat Islam bukan Minoriti rupanya, admin berkongsi pengalaman malam pertama diBulan Ramadhan..  subhanallah.. Moga kekall sehingga ke Akhir Ramadhan & 11 bulan seterusnya.. penuhi jemaah di Masjid inssyaAllah..



alhamdulillah malam pertama 1 Ramadhan, dilalui dengan penuh keterujaan, alhamdulillah, berkali2 rasa syukur dihati dizahirkan, apabila berjaya berdiri bersama ribuan jemaah2 yang bersolat Tarawih tadi..

Masjid At-Taqwa, Kpg Pinang Jawa
https://www.facebook.com/masjidattaqwagita?fref=ts
Tidak ketinggalan, para jemaah dari kaum Hawa memenuhi ruang, Alhadmulillah, titisan airmata tanda syukur dari insan2 yang benar2 merindui dan mendambakan bulan mulia ini.. Selamat bertarawih dan ibadah2 lainya.. InsyaAllah.

Sebaik bulan, seribu bulan..


** Mari kita sebar2kan risalah2 yang baik utk kemaslahatan Umat islam, kongsi2kan agar semua dapat Ilmu2 Allah, walaupun hanya sdikit2 dari lautan2 IlmuNYA..

Mudah2an dapat manfaat dari yang dikongsi, InsyaAllah,

"Sekadar berkongsi & memperingatkan diri ini yang sering Lupa & Lalai"

Wassalam.

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.. wbt..

Alhamdulillah.. subhanallah, Allahu Akbar.. hari ini merupakan hari terakhir kita berada dibulan Sya'ban, esok maka bermulanya perjuangan menentang hawa nafsu.. mendidik mereka (Nafsu) agar kembali kepada Fitrah.. iaitu kembali suci, seperti mana lahir nya kita ke Dunia.. fitrah.. diampunkan dosa.. isnyAllah.. amin..

admin mengajak semua para pengunjung TerataQ yg serba kurang ini utk sama2 merenung.. di mana kita hendak letakkan misi dan visi Ramadhan kita pada tahun ini.. :).. ada ustaz pernah sebut, "baik yg kita minta.. insyAllah baik juga yg akan kita dapat, lebih baik yg kita buat, bertambah baik2 lagi yg kita dapat.." marilah kita hidupkan Ramdhan ini dengan amal2 yg boleh mendidik jiwa dan raga kita.. perangai dan Akhlak kita.. peribadi dan amalan kita.. agar lebih baik berbanding tahun yg sudah.. lupakan sengketa lama.. sambung2kan silaturahim yg lama terputus.. atau yg baru terputus..

jadikan bulan ini mahabbah.. jadikan kegembiraan kita bukan sia2 ketika AidilFitri nanti.. dalam menghabiskan sisa2 peluang nafas yg kita ada..  insya Allah.. admin ada terbaca blog http://www.salafy.or.id/penjelasan-ayat-ayat-tentang-puasa-dalam-al-quran-bag-2/, jadi minta izin kepada beliau utk kongsi kan disini..

Di tulis Oleh Al Ustadz Abu Utsman Kharisman

Ayat ke-185 Surat al-Baqarah
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Q.S al-Baqarah: 185)
Pada ayat ini terdapat beberapa permasalahan yang akan dijelaskan, yaitu:
  1. Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran.
  2. AlQuran sebagai petunjuk, penjelasan dari petunjuk, dan pembeda.
  3. Kewajiban berpuasa bagi yang mukim, tidak sakit, dan tidak berhalangan untuk puasa.
  4. Allah ulang keringanan tidak berpuasa bagi yang safar atau sakit
  5. Allah menginginkan kemudahan, dan tidak menginginkan kesulitan untuk kita.
  6. Menyempurnakan bilangan
  7. Bertakbir di akhir puasa sebagai bentuk syukur

Alhamdulillah. mudahan mendapat manfaat dari apa yg dikongsi di dalam blog ini, genap 3tahun berkecimpung dalam dunia blog ini.. admin juga menyusun sepuluh jari, menadah tangan pada Allah agar setiap insan yg pernah sakit hati, tercalar perasaan dek kata2 yg terbit disini atau secara lahir diluar sana (realiti) dilembutkan hati utk memaafkan diri yg serba kurang Iman ini, Moga di penghujung Ramadhan nanti kita bertemu lagi dalam keadaan yg lebih baik dari hari ini.. amin, amin..

Tidak dilupakan isteri yg sentiasa menyokong perjalanan seorang seni (x ada tauliahnya>_<..), kedua ibubapa, adikberadik, saudara mara dan sahabat, rakan taulan, yg mengenali diri ini, halalkan apa yg tidak diredai tapi terambil secara sengaja dan tidak. mudah2an dengan kemaafan yg mudah dapat memudahkan lagi rezki allah pada tuan2 puan2 bertandang. :). Selamat menjalankan ibadah puasa & Taraweh serta berTadarus.

yang baik dan sempurna datang dari Allah SWT.. yg kurang datang dari diri ini yg serba kurang, tapi berusaha menyempurnakan tugas sebagai khalifah di Bumi Allah.. InsyaAllah. 

'sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yg sering lupa dan lalai.'

Wassalam.
-----------------------------------------------------

Jul 2, 2013

Menuju Ramadhan


Assalamualaikum.. wbt..

Alhamdulillah.. hampir setahun kita meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan Mubarak..
x lama lagi, seluruh umat Islam akan meraikannya.. menahan diri dari lapar dahaga.. yang paling utama menahan semua anggota badan dari melakukan sebarang perkara yang boleh menganggu gugat kesempurnaan puasa.. teringat masa posa kecik2 dulu.. orang tua2 sering mengatakan.. "engkau x puasa.. nanti xble sambut raya".. dengan tubuh yg kecil lagi serba kurang si anak kecil pun meng'agah'kan dirinya utk berposa.. apa tidak, xcukup posa xble la sambut raya. alamat xda baju raya, hihi.. >_< puasa anda bagaimana??...

InsyaAllah.. 2minggu lagi.. xsabar.. berdebar.. gembira bercampur rindu.. alhamdulillah...
"aku dipertemukan lagi dengan ramadhan".. Ramadhan penuh makna, jika ia nya diisi dengan penuh Taqwa pada-Nya.

QS 2:183-185

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [٢:١٨٣]
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
﴿١٨٣﴾

أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ ۚ وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ [٢:١٨٤]
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
﴿١٨٤﴾

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ [٢:١٨٥]
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
﴿١٨٥﴾
 

yang baik datangya dari Allah, dan yg kurang datang dari kelemahan diri ini.. Wallahu'alam.

Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering Lupa dan Leka..

-Wassalam-


Jun 27, 2013

Solat 'Fulltime' Bukan 'PartTime'

Assalamualaikum wbt.
Subhanallah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.. ketika singgah disebuah masjid, saya terpandang sebuah papan iklan.. sangat menarik dan simple.. Alhamdulillah.. mudah2an ramai lagi yang akan menyumbangkan kemahiran mereka dalam dakwah dalam memenuhi tanggungjawab sebagai Khalifah dibumi Allah.. >_<

"Jom Solat.."

kenapa perlu ambil satu sedangkan kita layak mendapat 27++

(Foto diambil di hadapan Masjid At-Taqwa: Barakallah mudah2n usaha menarik ramai jemaah bersolat disini, mendapat berkat dan rahmat dari Allah -Amin)


Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat berjemaah kemudian duduk berzikir hingga terbit matahari kemudian solat 2 rakaat (sunat dhuha maka ia akan mendapat pahala haji dan umrah yang sempurna" H.R.Tarmizi 

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang berjalan untuk solat fardhu maka pahalanya seperti orang yang mengerjakan haji dan jika ia berjalan untuk solat sunat maka pahalanya seperti orang yg mengerjakan umrah sunat" H.R.Attabrani 

Rasulullah s.a.w bersabda : "2 rakaat solat sunat fajar itu pahalanya lebih baik daripada dunia seisinya" H.R. Muslim & Tarmizi 

Rasulullah s.a.w bersabda : "Sesiapa yang solat sunat sebelum Asar 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka" H.R.Attabrani

dipetik dari: luvislam92.blogspot.com 



Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering Lalai dan Leka..
Wallahu'alam
-Wassalam-

Jun 26, 2013

Rahmat Allah Sekalian Alam, Cinta Allah?


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, beberapa hari ini sarawak dihujani dengan Rahmat Allah.. hujan turun dengan kadar cukup untuk mengurangkan kadar jerebu yang baru2 ni melanda negara.. Negeri Sarawak pun tidak terkecuali dimana di Bahagian Kuching sahaja hampir mencecah bacaan IPU 100.. Subhanallah.. dengan hanya IPU sedikit sudah mampu menganggu serba sedikit kegiatan hidup seharian.. apa lagi saudara2 yang berada di semenanjung M'sia, terutamanya di JB dan lain2 negeri yang sempat diistiharkan darurat...
Alhamdulillah sekali lagi kita panjatkan.. dengan Kasih & Rahmat Allah..
walaupun kiranya masih ramai terdapat hamba Allah diluar sana yang ingkar pada-NYA, Allah tetap beri kemudahan dan bantuan, sesungguhnya.. Kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaanNya..
betapa cinta nya ALLAH pada hamba2Nya.. Allahu Akbar..!

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah berfirman : Barangsiapa yang memusuhi kekasih Ku, maka Aku istiharkan perang dengan nya. Tiada sesuatu yang lebih Aku sukai dari hamba Ku, melainkan dia mengerjakan amalan yang Aku wajibkan kepada nya, untuk mendekatkan diri kepada Ku. Dan hamba Ku selalu mengerjakan amalan-amalan sunah untuk mendekatkan diri kepada Ku sehingga aku mencintainya. Apabila aku menyintai nya, maka Aku merupakan pendengaran yang dia pergunakan untuk mendengar nya. Aku merupakan penglihatan yang dia pergunakan untuk melihat. Aku merupakan tangan yang dia pergunakan untuk bertindak, Aku adalah kakinya, yang dia pergunakan untuk berjalan. Andainya dia meminta sesuatu kepada Ku, pastilah aku tunaikan, jika dia meminta perlindungan kepada Aku, nescaya Aku beri perlindungan untuknya. (hadis riwayat Bukhari:: dari kitab Shahih Riyadhus Shalihin Imam Nawawi)


marilah kita sama2 ambil iktibar.. berubah sebelum diubah..
berubahlah kerana Allah.. jadikan Islam itu kehidupan yang benar2 disyariatkan Allah..
seperti mana Allah pilih sebagai satu2nya Agama pilihan yang diRedhaiNya..

(yang baik datang nya dari Allah Yang Maha Mulia,
yg hina datang diri yg xsempurna Taqwa ini)
*Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri yang sering Lupa dan Leka..

-Wassalam-

Muslimah, Berbanggalah Kamu Islam



Assalamualaikum wbt..salam sejahtera..

Alhamdulillah.. 2,3 hari lalu saya ada terbaca sebuah artikel.. insyAllah.. saya kan post kn disini.. pertama kali kreadit untuk penulisnya dan Harian Metro..
sama-sama kita ikuti kisahnya..

Ratu Elizabeth dan wanita Islam

Oleh Hilmi Isa
Saya baru sahaja selesai membaca satu e-mel dikirim seorang sahabat. Kisah benar ini berkaitan seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di Amerika Syarikat (AS). Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.
Suatu malam wanita ini dalam perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu pada masa itu. Disebabkan hari sudah lewat, menapak di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan berseorangan. Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih) bersandar di dinding di tepi lorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat pada waktu itu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia pada saat itu. Waktu dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam mukanya. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya. Keesokan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong dia lalui semalam, hanya sepuluh minit selepas dia melintasi lorong berkenaan.

Dia yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu. Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan membuat aduan. Wanita ini dapat mengenal pasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis mendapat bukti bahawa lelaki terbabit adalah perogol yang dicari. Tapi wanita ini hairan juga kenapa lelaki tadi tidak menjadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong itu, walhal dia keseorangan, tapi masih dipilih perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini hendak sangat mengetahui sebabnya. Jadi, dia meminta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol terbabit.
Dia bertanya perogol itu dalam bahasa Inggeris yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu: “Kenapa awak tidak melakukan apa-apa terhadap saya malam itu walaupun awak tahu saya seorang sahaja pada masa berkenaan?” Perogol itu menjawab: “Tidak, awak bukan berseorangan. Malam itu saya nampak ada dua orang lelaki berjalan dengan awak. Seorang berada di sebelah kanan awak dan seorang lagi sebelah kiri awak. Kalaulah awak seorang diri malam itu, sudah pasti awak jadi mangsa saya.” Wanita ini berasa amat terkejut apabila mendengar penjelasan perogol itu. Dia bersyukur ke hadrat Allah kerana memeliharanya malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca.

Daripada Abdullah bin Amr RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya: “Sesiapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah mewakilkan dua orang malaikat memeliharanya hingga Subuh. Sesiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya...” Berikut pula adalah dialog perbualan seorang lelaki Inggeris yang skeptikal dengan hukum Islam terhadap wanita. Persoalan beliau dijawab oleh seorang syeikh (orang tua atau orang alim) yang sangat berilmu. Lelaki itu bertanya: “Kenapa dalam Islam wanita tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki?” Syeikh menjawab: “Dapatkah kamu berjabat tangan dengan Ratu Elizabeth?” Lelaki itu membalas kembali: “Oh tentu sekali tidak boleh! Cuma orang tertentu sahaja yang dapat berjabat tangan dengan ratu.” Syeikh tersenyum seraya berkata: “Wanita-wanita kami (kaum Muslimat) adalah kalangan ratu dan ratu tidak boleh berjabat tangan dengan lelaki sembarangan (yang bukan mahramnya).” Lalu si lelaki itu mengalihkan sedikit fokus isu dan bertanya lagi: “Kenapa perempuan Islam menutupi tubuh dan rambut mereka?” Syeikh tersenyum dan mengeluarkan dua coklat daripada poket beliau. Ilmuwan itu membuka yang pertama dan membiarkan satu lagi tertutup. Dia melemparkan keduanya ke lantai yang kotor.

Lantas syeikh bertanya: “Jika saya meminta anda untuk mengambil satu coklat, mana yang anda pilih?” Lelaki itu menjawab: “Yang tertutup...” Syeikh berkata: “Itulah cara kami memperlakukan dan melihat perempuan kami.” Terbukti dan jelas, syariat Islam berkaitan wanita bukan untuk mengongkong, tapi bertujuan melindungi kesucian dan kehormatan Muslimat. Justeru, pastikan ahli keluarga kita, terutama anak gadis dalam konteks ini mentaati syariat untuk memperolehi kebahagiaan dunia dan akhirat. Penulis Perunding Psikologi Bahasa & Penulis Buku Marah Tapi Sayang dan boleh dihubungi melalui Facebook: Hilmi Isa (Psikologi Bahasa)
Artikel ini disiarkan pada : 2013/06/21
********************
sama-sama kita renungkan..
Sekadar berkongsi & memperingatkan diri ini yang sering lalai dan lupa..

Wassalam

-----------------------------------------------------

Jun 24, 2013

Nisfu Sya'ban





Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. kini kita telah memasuki fasa 2 separuh bulan sya'ban..

xlama lagi Ramadhan akan muncul.. dengan jutaan rahmat dari Allah SWT..

mudah2an Ramadhan kali ini membawa Sejuta makna

lebih baik dari tahun-tahun yang sudah...
berubah sebelum terpaksa berubah..

dan yang pasti berubah kerana ALLAH..

itu lebih bermakna.. daripada beramal namun sia-sia (kerana niat bukan kerana Allah)

mudahan2 kita semua bertemu Ramadhan.. biarpun ada 2minggu lagi.. namun ajal itu tidak memilih.. siapa.. dimana.. sebabnya..

Sekadar berkongsi & memperingatkan diri yang sering lupa dan leka ini.. ^_^

Ya Allah.. pertemukan kami dengan Ramadhan dengan penuh ketaatan padaMU.. Amin

-Wassalam-
-----------------------------------------------------

Jun 23, 2013

Salam Sya'ban Marhaban ya Ramadhan



Assalamualaikum wbt..

kini telah tiba syaban.. sekian lama blog ni x di update..
InsyaAllah dengan izin Allah..

admin akan do da bes untuk memberi kan input2 yang terbaik..
sebagai perkongsian ilmu yang ada..
mana-mana yg silap dari kami..

harap dpt teguran dan bimbingan dari semua pengunjung yang bertandang kesini..
di kesempatan ini.. admin mengucapkan

Salam Sya'ban marhaban ya ramadhan.. kepada semua umat islam..

moga2 kita diberkati di dalam bulan ini dan disampaikan usia kita menjejak ke bulan Ramadhan.. amin..

Wassalam.. 

-----------------------------------------------------

Salam Isra' Mi'raj


...salam Isra' Mi'raj 1434 H...

Ya Rasulullah.. kami amat merinduimu..

jadikan kami dan zuriat dan keturunan kami berada dalam senarai
Penerima syafaat mu..

Ya Allah.. kurniakan kami rahmat Mu..
masuk syurga Mu dengan berkat rahmat Mu..

..amin..

May 13, 2013

Marhaban Ya Rejab




Doa yang disarankan baca ketika berada di bulan Rejab:
maksudnya
"Ya Allah berkatilah kami pada bulan Rejab, Syaaban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan"
Hadis Riwayat Ahmad dan At Tabrani, daripada Anas

Shukran, Sekian

-----------------------------------------------------

Apr 18, 2012

SURAH ASY SYURA (53 ayat) – ‘MUSYAWARAT’

DITURUNKAN DI MEKAH Surah Asy Syura merupakan surah yang ke 42 dan mengandungi 53 ayat. Dinamakan surah "Asy-Syura" (Mesyuarat), kerana pada ayat 38 ada diterangkan bahawa di antara sifat-sifat orang-orang yang beriman yang terpuji dan diredhai Allah Taala ialah amalan mereka bermesyuarat sesama sendiri apabila mereka hendak menjalankan sesuatu urusan. Ia juga satu daripada tujuh surah sebaris dalam Al Quran yang bermula dengan "HAA MIIM". Orang yang mengamalkan surah ini akan mendapat pahala yang besar dan mendapat pembelaan di akhirat kelak. POKOK-POKOK ISINYA: Pada awal surah ini Allah Taala menegaskan kebenaran wahi (wahyu) (Al-Quran) dan kerasulan Nabi Muhammad (s.a.w.), dan menyatakan bahawa apa yang diwahikan kepada Baginda mengenai perkara-perkara asas dalam Islam seperti tauhid, hari kiamat dan balasan amal, adalah sama seperti yang telah diwahikan kepada Rasul-rasul yang terdahulu daripadanya. Kemudian ditegaskan bahawa ugama yang diredhai Allah Taala bagi umat manusia seluruhnya ialah ugama Islam, ugama tauhid dan taat, yang diwahikan kepada Nabi Muhammad (s.a.w.) dan Nabi-nabi (a.s.) yang sebelumnya. Lalu diperintahkan supaya orang-orang yang beriman menegakkan hukum-hukum Islam dan meninggalkan segala laranganNya. Kemudian diterangkan bahawa apa jua yang menimpa manusia dari sesuatu kesusahan atau bala bencana, maka itu adalah disebabkan apa yang mereka lakukan dari perbuatan-perbuatan yang salah dan berdosa. Dalam pada itu Allah SWT memaafkan sebahagian besar dari dosa-dosa mereka. Setelah itu diterangkan: Jika sesiapa hendak membalas, maka balasan sesuatu kejahatan ialah kejahatan yang bersamaan dengannya. Tetapi sesiapa yang memaafkan kejahatan orang dan berbuat baik kepadanya maka pahalanya tetap dijamin oleh Allah Taala dengan diberi balasan yang sebaik-baiknya. FADILATNYA:- 1. Ayat 15 mengandungi rahsia yang besar sekali untuk menghadapi musuh kita, sedangkan kita dalam membela kebenaran. Untuk menolak rencana jahatnya, baik yang telah direncanakan atau tidak sehingga batallah semua rencana jahatnya, dan hilang pula kemarahannya kepada kita. Sekaligus, mereka itu berlaku hormat kepada kita, sehingga mahu mendengar pendapat yang kita berikan kepada mereka dan mahu mengabulkan apa yang menjadi hajat kita.
"....Allah jualah Tuhan kami dan Tuhan kamu. Bagi kami amal kami dan bagi kamu amal kamu. Tidaklah patut ada sebarang pertengkaran antara kami dengan kamu (kerana kebenaran telah jelas nyata). Allah akan menghimpunkan kita bersama (pada hari kiamat), dan kepadaNyalah tempat kembali semuanya (untuk dihakimi dan diberi balasan)". 2. ~ Ayat 19 merupakan “Ayat Rezeki” yang sangat masyhur. Amalkan membacanya berulang kali sebanyak yang mampu, dalam bilangan yang ganjil, selepas solat Maghrib dan Subuh. Diikuti dengan doa 33 kali atau 100 kali atau seberapa yang mampu. Insya-Allah rezeki akan dilipatgandakan. ~ Ayat ini juga merupakan doa untuk lemah-lembut keluarga, berkasih-sayang kepada suami/isteri dan anak-anak. * Caranya: *Dibaca 3 kali selepas solat fardhu. *Ditujukan kepada seseorang apabila telah tidur malam. Kemudian dibacakan sekali dan hembuskan ke tengkuknya serta minta Allah lembutkan hatinya. ~ Kepada orang yang teramat degil, baca Ayat 19 ini 19 kali pada air dan bagi minum kepadanya. Baca 19 kali pada ubun-ubun anak-anak yang degil atau sesiapa yang dihajati. Jika orang itu jauh, baca 19 kali selepas solat dan diniatkan.
19. "Allah Maha Lembut tadbirNya (serta melimpah-limpah kebaikan dan belas kasihanNya) kepada hamba-hambaNya; Ia memberi rezeki kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut peraturan yang telah ditetapkan), dan Dia lah Yang Maha Kuat, lagi Maha Kuasa." 3. Ayat 19 (diatas) dan Ayat 200 dari Surah Ali Imran dibaca dan dicium atau ditiup pada ubun-ubun anak. Boleh juga ditiup pada air dan masakan. Sebutkan nama anak satu persatu dan ucapkan harapan pada anak semuga dapat mendidiknya dan membantu anak untuk berubah.
Surah Ali Imran : Ayat 200 "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."

Nov 18, 2011

Lau Kana Bainana Habib

Di keheningan malam ini, entah keberapa kali aku terjaga dari lena yang seketika. Entah mengapa hatiku dipagut kehibaan. Kehibaan yang sangat mencengkam sanubari. Jauh di sudut hatiku, berbaur kesedihan yang teramat. Tidak dapat diungkap perasaan ini dengan kata-kata. Walau seindah mana kata-kata masih tetap tak dapat digambarkan apa yang aku rasakan. Diriku sebenarnya merinduimu ya Rasulullah. Ya, teramat merinduimu. Setiap detik ku teringatkan dirimu. Mendengar alunan selawat oleh kumpulan Hijjaz yang menjadi santapan halwa olehku di Laptop, membuatkan hati bertambah di pagut rindu padamu. Setiap kali mata singgah pada Surah Muhammad, mengalir air mataku. Lagi bertambah hiba apabila terkenangkan saat dirimu berhadapan dengan sakaratulmaut, terngiang-ngiang katamu, "Ummati... ummati... ummati..."

Ya Rasulullah, andai dirimu masih hidup, pasti dirimu kecewa, bersedih dengan keadaan umatmu zaman ini. Setiap kali teringatkan dirimu pasti deraian air mata yang menemani malamku kerana mengenangkan perjuanganmu Ya Rasulullah. Ya Rasulullah, aku tidak tahu di mana harus ku salurkan rindu ini selain mengadu pada Sang Pencipta Cinta. Lantas, ku titipkan kalam bisu ini khas buatmu, supaya aku bisa berkongsi dengan mereka di luar sana, menyatakan betapa diriku ini ingin berjumpa denganmu. Tidak melampau untuk ku katakan bahawa aku punya mimpi. Ya, aku menyimpan sebuah harapan besar ya Rasulullah. Kelak, ketika di Yaumul akhir. Engkau ibaratnya adalah seorang idola, superstar yang berdiri di atas kemegahan sebuah panggung. Sedangkan aku, dengan segala kekerdilanku berada di antara deretan para penonton dan aku akan memanggil engkau jauh di sudut sana, di antara jutaan lautan manusia. Aku akan berteriak: Ya Rasulullah, Ya Rasulullah!!! Aku berharap. Aku sungguh berharap.

Engkau akan menoleh ke arahku, dan berkata "Itu umatku!" "Itu umatku!" Mungkin tidak tergambar betapa gembiranya perasaan ku pada waktu itu, tatkala melihat wajahmu. Sungguh aku ingin ya Rasulullah. Aku ingin menjadi sebahagian dari barisan panjang umat yang mendapatkan syafaatmu. Aku ingin menjadi sebahagian dari umat yang tersenyum berdiri di belakangmu, Namun, adakah aku layak ya Rasulullah? Layakkah aku melihat wajahmu? Atau pantaskah aku melihat senyumanmu? Sedangkan aku ini bukan siapa, Yang hanya insan lemah, penuh dengan keluh kesah. Ya Rasulullah, Walau aku tahu aku tidak layak, namun dengan bertatih aku tetap ingin menitipkan rindu ini untukmu. Ya Rasulullah, Walau aku tahu ini tidak mudah, namun dengan segala kelemahanku aku akan mengikuti jalan juangmu. Yang aku tahu memang penuh liku likunya.

Ya Rasulullah, Walau aku tahu ini akan sulit, namun aku ingin turut menjadi pembela-pembela Allah dan Rasulku. Aku ingin menjadi seorang mujahidah di jalan ini, tidak gentar dan tidak lemah Ya Rasulullah, Saksikanlah aku yang akan tertatih untuk mempertahankan istiqamahku, Demi cintaku pada Allah, demi cintaku padamu Ya Rasul. Ya Rasulullah, Aku teringin sekali berbicara denganmu tentang kisah-kisah perjuanganmu dalam menegakkan kalimah Allah. Aku ingin berkongsi suka, duka, airmata dan luka yang dirimu alami sepanjang 23 tahun taklifatmu sebagai Rasul. Tidak tegar aku melihat betapa susahnya kamu berjuang di medan dakwah ini.

Tidak sanggup aku mendengar celaan kaum musyrikin menghina perjuanganmu Ya Rasulullah. Pedih perasaanku mendengar dirimu luka dilempar batu semasa berdakwah di Taif. Aku ingin berbicara kisah yang aku tahu ini kepadamu. Aku ingin melafaz rindu ini kepadamu. Bahawa aku sangat mencintaimu. Ya Rasulullah, Bumi Madinah ingin sekaliku jejak. Ingin sekali ku rasai deruan angin di bumi bertuah itu. Tatkala dirimu dan para sahabat berjuang berhabis habisan, mempertahankan Islam tercinta. Ku ingin melewati medan syuhada dan perjuanganmu di sana. Moga Allah memberi rezeki untuk itu dan perkenankan permintaanku. Rindu kami padamu Ya Rasul, Rindu tiada terperi, Berabad jarak darimu ya Rasul, serasa dikau di sini. Salam Bahagia Bagimu, Ya Rasullullah.
-----------------------------------------
petikan dari seorang teman (mohon maaf admin x dapat track balik sumber artikel ini) mohon jika ada pemiliknya sila maklum kepada admin dengan segera.

sekian terima kasih
-----------------------------------------------------

Nov 2, 2011

♥ “Abi, when will we ever relax?” ♥

I wanted to share a moving story that I once heard and will always remember and cherish for its meanings. It’s the story of one of the great Imams of this Ummah, Imam Ahmad bin Hanbal.
His son, Abdullah, asked his father one day: “Abi when will we ever relax?” His father, one of the greatest revivers of the Sunnah and a role model for all Muslims, looked him in the eye and said: With the first step we take into Jannah.”
Ya Allah, what a beautiful response!
There are days that come to you and you’re tired, you just want to sleep and relax and “shut off” as they say. Those are the days in which you need to ask yourself a critical question: ‘Where am I going with life?’ If it’s towards Allah and for Allah, then regain your strength and continue your work, for Jannah is precious and must be sought. But if you look into your life and realise that it’s not towards Allah but towards Dunya, then your tiredness becomes a blessing, for it is a reminder that you need to change direction and renew your purpose in life.
I love this story on many levels.
For one, it shows you that when someone’s focus is Jannah, their priorities change and their outlook on life is different. What we perceive as difficulty, they perceive as ease. What we perceive as calamity, they perceive as reward. What we perceive as obstacles, they perceive as opportunities for sincere da. Moreover, when your focus is Jannah, this Dunia and its constant demand becomes small and the least of our concerns.
Also, I love the way the son began his question: “Abi” – a sweet way of addressing his father, and asked: “When will we ever relax?” If you notice, he didn’t say, “when will I relax Dad?” Even though he wanted to relax, he wasn’t selfish and also cared for his father’s condition. This also shows you that the father and son were working hard together. Again, when your focus is Jannah it reflects in your family, children, and those around you and everyone gears up towards that goal.
Our problem today is not that we’re tired, our problem today is that we relax too much. We do everything so that we relax. We cheat, break promises, do not fulfill our vows, lie, take and give bribery, and so on. Why? So we can relax. We don’t stay up for Tahajjud or wake up for Fajr, we don’t fast, or go for Hajj and Umrah… all so we can relax. We don’t walk towards the Masjid or open the Book of Allah so we can understand it, all in the name of “I need to relax!”
Dear brothers and sisters, there’s plenty of relaxation where we’re going, but this is not the time for it. Let’s all work for Jannah and be productive in the path of Allah, and work so hard that one day our children will approach us and ask: “Abi” or “Ummi”: “When will we ever relax?” and you can smile and look them in the eyes and say, “When we enter Jannah inshaAllah”.
P.S. “I truly love this story. It made me very sebak indeed. Subhanallah.