Showing posts with label Sunnah Rasulullah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah Rasulullah. Show all posts

Aug 8, 2013

Selamat HARI RAYA AIDILFITRI 1434/2013


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah diberi lagi kesempatan menaip disini.. telah sebulan berpuasa, Ramadhan pun meninggalkan kita.. jadi hari ni admin nk share petikan yang, insya'Allah baik untuk dibaca dan diamalkan semua..
--------------------------------------------------
Ucapan Idul Fitri yang Sesuai Tuntunan Nabi
07 Ogos 2013

Dipetik Dari:
http://www.bersamadakwah.com/2013/08/ucapan-idul-fitri-yang-sesuai-tuntunan.html

Aidil fitri akan segera tiba. Bagaimanakah ucapan di hari raya Aidil Fitri yang sesuai tuntunan Nabi? Apakah “Minal Aidzin wal Faizin” seperti budaya di negeri kita, atau saling meminta maaf dalam bahasa Arab?

Ternyata, ucapan yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum.”
(semoga Allah menerima (ibadah) kami dan (ibadah) kalian). Ia sebuah doa.

Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari menjelaskan, “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari 'Eid, mereka berkata kepada sebahagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minkum.”


Kapankah waktu mengucapkan taqabbalallahu minna wa minkum?
Ibnu Taimiyah menjelaskan, taqabbalallahu minna wa minkum mulai diucapkan ketika bertemu setelah selesai shalat Id. Beliau mengatakan, “Ucapan hari raya di mana sebahagian orang mengatakan kepada yang lain jika bertemu setelah shalat Id, ‘taqabbalallahu minna wa minkum’, ‘Ahalallahu ‘alaika’, dan sejenisnya ini telah diriwayatkan dari sekelompok sahabat bahwa mereka mengerjakannya.”

Lalu, haramkah ucapan “minal aidzin wal faizin” yang merupakan kependekan dari “ja’alanallahu minal aidzin wal faizin”? Ucapan yang juga merupakan doa yang artinya “semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang” itu tentu tidak haram sebagaimana kita boleh berdoa dalam bahasa apa pun dan meminta kebaikan apa pun kepada Allah. Namun, apa yang dituntunkan Rasulullah lebih utama. Maka yang lebih baik adalah berupaya membudayakan ucapan ‘taqabbalallahu minna wa minkum.’

Demikian pula, meskipun ucapan “mohon maaf lahir dan batin” tidak pernah dicontohkan Rasulullah dan para sahabatnya, ucapan itu boleh-boleh sahaja sebagaimana meminta maaf itu boleh dilakukan bila-bila sahaja. Dan masyarakat mengambil momentum Aidil Fitri sebagai sarana silaturahim dan saling bermaafan. Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]


-End of article-
-------------------------------------------------------------------------------------
Wallahualam,
Dikesempatan ini kami mengucapkan:

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1434 H, 2013 M..
Minnal Aidil Wal Faizin, Maaf Zahir & Batin.. Mudah2an segala amalan kita diterima Allah SWT. AMin.

Ikhlas Dari kami:
Admin
"Sekadar berkongsi & memperingatkan diri ini yang seringn lupa dan lalai"

Wassalam.

Aug 10, 2011

♥ Romantik sunah Rasulullah S.A.W ♥


Romantik sunah Nabi

Sikap romantik lahir dari hati yang kaya dengan kasih sayang. Ia adalah manifestasi daripada akhlak mulia yang terpancar melalui percakapan dan perbuatan sehari-hari. Sikap romantik ini perlu dikekalkan sepanjang masa, walaupun pada usia perkahwinan semakin bertambah.

Gangguan anak-anak malah cucu-cucu tidak wajar dijadikan alasan untuk tidak lagi bersikap romantik bersama pasangan masing-masing.

Petua mengekalkan sifat romantik


Isteri bukan sahaja menghias keseluruhan rumah, tapi yang penting menghias bilik tidur untuk mewujudkan suasana romantik. Apabila ini dapat dilakukan, suami sentiasa berasa gembira sehingga sikap romantik yang ada dapat disuburkan. Isteri hendaklah menjaga penampilan diri di hadapan suami dengan memakai pakaian menarik dan bau-bauan yang menyenangkan.

Usah malu menggunakan ungkapan-ungkapan cinta ketika berdua-duaan, seperti yang lazim diucapkan oleh pasangan bercinta. Di celah-celah kesibukan dengan kerjaya dan menguruskan rumah tangga, suami dan isteri hendaklah bijak mencari masa untuk berdua-duaan, tanpa gangguan anak-anak. Layangkan kad ucapan mengandungi kata-kata romantik yang penuh kasih sayang. Sekiranya timbul sebarang masalah dalam kehidupan berumah tangga, hendaklah ditangani dengan segera masalah tersebut. Usah biarkan masalah itu berlarutan sehingga lukanya membekas di hati. Kalau boleh dielakkan, tidak perlu melibatkan orang ketiga yakni orang luar.

Sikap romantik yang perlu dilahirkan

Ciuman mesra - Memberi ciuman mesra kepada isteri tatkala isteri mencium tangan suami ketika keluar bekerja dan baru pulang ke rumah. Ciuman adalah lambang kesetiaan, peniup semangat isteri dan suami meneruskan kehidupan.

Ucapan – Selalu mengucapkan perkataan-perkataan yang menunjukkan kasih mendalam kepada isteri. Contohnya ucapan “sayang”, “I love you”, “I missed you” dan sebagainya, terutama ketika akan berpisah, sama ada lama atau sekejap, jauh atau dekat.

Panggilan – Memanggil isteri dengan panggilan atau gelaran yang disukai. Contohnya “ayang”, “darling”, atau apa jua panggilan manja yang amat disenangi, maka ia dapat memberi impak bermakna buat isteri.

Usik mengusik– Selalu usik mengusik dan bergurau senda. Cara sebegini boleh menjadi rencah kepada suasana lebih romantik.

Berjalan beriringan di luar rumah – Sering berlaku, di awal perkahwinan pasangan suami isteri ibarat belangkas apabila berjalan bersama. Namun, apabila usia perkahwinan meningkat, anak-anak semakin bertambah, suami isteri tidak lagi jalan beriringan, seorang di hadapan, seorang di belakang. Seeloknya jika tiada halangan, jalan berpegangan tangan dan jika melintas jalan, memegang lengan atau bahu isteri tanda melindungi.

p/s : Jauhi perkara yang boleh menyakiti atau menyinggung hati isteri – Perkara ini perlu diberi perhatian, kerana hati wanita biasanya sensitif.

Mar 7, 2011

7 sunnah Rasulullah S.A.W


Jagalah Tujuh Sunnah Rasulullah s.a.w.

"CERDASNYA orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.

Kita jangan takut mati, jangan mencari mati, jangan lupakan mati, tapi rindukan mati. Kerana, mati adalah pintu berjumpa dengan Allah s.w.t.. Mati bukanlah cerita dalam akhir hidup, tapi mati adalah awal cerita sebenarnya, maka sambutlah kematian dengan penuh ketakwaan.

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi s.a.w setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi s.a.w. itu adalah:

Pertama : Tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua : Membaca al-Qur'an sebelum terbit matahari. Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca al-Qur'an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga : Jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah ke mana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muazzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat : Jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima : Jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam : Jaga wuduk terus-menerus kerana Allah menyayangi hamba-Nya yang berwuduk. Kata Khalifah Ali bin Abu Thalib, "Orang yang selalu berwuduk senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua do'a, diampuni dosa dan sayangi dia ya Allah."

Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti kita kepada Allah. Bila kita bersyukur, maka kita kurang berzikir pula. Oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya. Zikir juga merupakan makanan rohani yang paling diperlukan, dan dengan zikir berbagai kejahatan dapat ditinggalkan sehingga jauhlah umat manusia daripada sifat-sifat yang berpangkal pada materialisme dan hedonisme.

(Sumber : Daripada I Luv Islam)

Kredit: Zon Kuliah (FB)