Perkembangan fetus - hamil 17 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia              
Panjang bayi anda sekarang hampir 5.5 inci / 13 sentimeter dari mercu kepala ke punggung dan berat sekitar 5 auns / 140 gram. Hampir semua rangka tulangnya berunsurkan rawan liat, yang akan mengeras kemudian. Satu bahan pelindung bergelar myelin mula membalut korda spina dengan perlahan-lahan.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Dengan bantuan stetoskop khas, anda sekarang sudah boleh mendengar  denyutan jantung bayi anda. Tiada yang lebih menyenangkan atau menguja  daripada bunyi denyutan jantung bayi yang sedang menderap-derap. Pada  hari-hari anda terasa bimbang tentang apakah kemajuan kehamilan anda,  mendengar denyutan jantung bayi memberitahu anda yang dia sedang  berkembang dan membesar. Pada masa-masa anda bosan dan terasa  seolah-olah kehamilan anda tiada kesudahannya, ia memberi peringatan  manis tentang apa yang akan disambut kelak setelah menunggu selama 40  minggu.  Uterus anda yang kian membesar telah mengalihkan pusat graviti anda dan anda mungkin merasa agak kurang seimbang. Berhati-hatilah dan pakailah kasut tumit rendah.
Adakah anda mendapati sukar untuk menyelesakan diri apabila masuk tidur? Rujuk tip-tip kami tidur semasa trimester kedua.
Sekiranya anda belum lagi menjalankan amniosentesis dan bertujuan untuk mengambilnya, minggu ini adalah masa yang sesuai. Satu keuntungan: Anda akan dapat melihat dan merenung bayi dengan baik melalui skan ultrasound yang digunakan untuk prosedur ini.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Write commentsWe will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name (nickname accepted), Location and Your Support/ Creative Comment/ Feedback/ Question, etc. Have a Pleasant day.