Showing posts with label Hadis Pilihan. Show all posts
Showing posts with label Hadis Pilihan. Show all posts

Sep 9, 2013

Kenali Sahabat/Temanmu

gambar hiasan dipinjam dari pakarcinta.com


Assalamualaikum..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.”

Jul 22, 2013

HADIS PILIHAN



Assalamualaikum.. wbt..

Alhamdulillah.. dah 13 hari Ramadhan kita lalui.. agak sepi sedikit dlm minggu ni x menaip disini.. alhamdulillah. diizinkan Allah,.. TQ kepada Sahabat admin https://www.facebook.com/itsyourrayban atas kredit yg telah diberikan kepada page ini, dan juga fan page TKDesign di FB.. https://www.facebook.com/terataqkhalifahdesign

Alhamdulillah.. dengan Ilham dari Allah.. semenjak dua ni admin ada busy sikit.. TQ kepada semua yg telah tempah design. Admin ingin membantu sekadar yg mampu selagi kudrat yg Allah beri ada didalam diri ini;
Thanks Allah..
Thanks to All.. Thanks to KRBM Thanks to Bro Zul, Bro Alim, n Cik Shikin n Legasi KRBM..

Sebelum beredar admin nk kongsikan beberapa hadis yg dipetik dari blog: 

 http://naimulfirdaus.blogspot.com/2011/08/hadis-hadis-nabi-tentang-kelebihan.html
  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim daripada Sahl bin Sa’d. yang maknanya: “Sesungguhnya dalam syurga terdapat sebuah pintu yang dikenali dengan nama Rayyan, dimana memasuki daripadanya orang orang yang berpuasa pada hari kiamat dan yang lain tidak berhak. Dikatakan mana orang yang berpuasa? Lantas mereka bangun dan masuk melaluinya. Apabila selesai ditutup dan tiada yang lain berhak memasukinya”.
  • Hadis riwayat Ibn Majah dan al-Hakim, daripada Ibn Umar, yang maknanya:“Sesungguhnya bagi orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa mustajab yang tidak ditolak”.
  • Hadis riwayat al-Baghawi dari seorang lelaki di kalangan sahabat, yang maknanya: “Satu kebajikan dengan sepuluh kali ganda dan ditambah, dan satu kejahatan hanya dibalas satu dan mungkin Aku hapuskannya, dan puasa untuk-Ku, dan Akulah yang membalasnya. Puasa sebagai perisai dari azab Allah sebagaimana penyangga, sebagai perisai dari mata pedang”.
  • Hadis riwayat al-Baihaqi di dalam al-Syu`ab daripada Abu Hurairah, yang maknanya: “Puasa adalah separuh kesabaran, dan di atas setiap sesuatu mempunyai zakat, dan zakat jasad ialah puasa”.
  • Hadist riwayat al-Nasa`ie daripada Abi Sa`id, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa sehari semata-mata pada jalan Allah nescaya Allah menjauhkan wajahnya dari neraka jahannam selama 70 tahun”.
  • Hadist riwayat Ibn Mandah di dalam `Amali, daripada Ibn Umar dan al-Dailami, daripada Abdullah bin Abu Aufa, yang maknanya: “Diam orang yang berpuasa merupakan tasbih, tidurnya merupakan ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
  • Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, yang maknanya: “Apabila datangnya Ramadhan nescaya dibuka pintu-pintu syurga, ditutup pintu-pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan”.
  • Hadis riwayat Ahmad, al-Bukhari dan Muslim, begitu juga dengan Ashab al-Sunan, yang maknanya: “Siapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan ihtisab, nescaya diampun baginya dosa yang terdahulu”.

-End-

Mudah2n memberi manfaat dengan perkongsian yg ada.. jika ingin maklumat lanjut boleh ke blog http://naimulfirdaus.blogspot.com .

Sedikit bingkisan dari KRBM (Kedai Ray-Ban Mania) Jangan lepaskan peluang..

https://www.facebook.com/itsyourrayban

** JUALAN RAYA MANIA!! **
"✓ Gambar Kacamata yang dipakai oleh MODEL/ADMIN Adalah Kacamata Sebenar, Seperti Mana Yang Kami Jual.
✓ Kami TIDAK Mengamalkan COPY/PASTE gambar dari luar demi MENJAMIN Produk Kami Sama Seperti Yang Di Iklankan.
✓ Jadi Anda Tak Perlu Risau Dengan Ketulusan dan Kualiti Yang Kami TAWARKAN.
✓ Malah Kami Juga Telah menjadi pilihan Beberapa SELEBRITI/ARTIS POPULAR Malaysia.

✓ Bro Alim Memakai Ray Ban size MEDIUM.
✓ Lense KACA with 100% UV PROTECTION/ UV400 PROTECTION.
✓ Jadi Anda Tak Perlu Risau Dengan Ketulusan dan Kualiti Yang Kami TAWARKAN.
✓ Kami Menjanjikan Hanya Yang Terbaik Untuk Semua Pelanggan Yang Kami Sayangi!!"

(KRBM Quote)
---------------------------------------------
"Sekadar Berkongsi dan Memperingatkan diri ini yg sering Lupa dan Lalai"
-----------------------------------------------------

Jun 26, 2013

Rahmat Allah Sekalian Alam, Cinta Allah?


Assalamualaikum wbt..
Alhamdulillah, beberapa hari ini sarawak dihujani dengan Rahmat Allah.. hujan turun dengan kadar cukup untuk mengurangkan kadar jerebu yang baru2 ni melanda negara.. Negeri Sarawak pun tidak terkecuali dimana di Bahagian Kuching sahaja hampir mencecah bacaan IPU 100.. Subhanallah.. dengan hanya IPU sedikit sudah mampu menganggu serba sedikit kegiatan hidup seharian.. apa lagi saudara2 yang berada di semenanjung M'sia, terutamanya di JB dan lain2 negeri yang sempat diistiharkan darurat...
Alhamdulillah sekali lagi kita panjatkan.. dengan Kasih & Rahmat Allah..
walaupun kiranya masih ramai terdapat hamba Allah diluar sana yang ingkar pada-NYA, Allah tetap beri kemudahan dan bantuan, sesungguhnya.. Kasih sayang Allah itu melebihi kemurkaanNya..
betapa cinta nya ALLAH pada hamba2Nya.. Allahu Akbar..!

Dari Abu Hurairah r.a. ia berkata, Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya Allah berfirman : Barangsiapa yang memusuhi kekasih Ku, maka Aku istiharkan perang dengan nya. Tiada sesuatu yang lebih Aku sukai dari hamba Ku, melainkan dia mengerjakan amalan yang Aku wajibkan kepada nya, untuk mendekatkan diri kepada Ku. Dan hamba Ku selalu mengerjakan amalan-amalan sunah untuk mendekatkan diri kepada Ku sehingga aku mencintainya. Apabila aku menyintai nya, maka Aku merupakan pendengaran yang dia pergunakan untuk mendengar nya. Aku merupakan penglihatan yang dia pergunakan untuk melihat. Aku merupakan tangan yang dia pergunakan untuk bertindak, Aku adalah kakinya, yang dia pergunakan untuk berjalan. Andainya dia meminta sesuatu kepada Ku, pastilah aku tunaikan, jika dia meminta perlindungan kepada Aku, nescaya Aku beri perlindungan untuknya. (hadis riwayat Bukhari:: dari kitab Shahih Riyadhus Shalihin Imam Nawawi)


marilah kita sama2 ambil iktibar.. berubah sebelum diubah..
berubahlah kerana Allah.. jadikan Islam itu kehidupan yang benar2 disyariatkan Allah..
seperti mana Allah pilih sebagai satu2nya Agama pilihan yang diRedhaiNya..

(yang baik datang nya dari Allah Yang Maha Mulia,
yg hina datang diri yg xsempurna Taqwa ini)
*Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri yang sering Lupa dan Leka..

-Wassalam-

Nov 6, 2010

PESANAN BUAT WANITA



Assalamualaikum wbt. & Salam Sejahtera kepada semua,

10 PESANAN RASULULLAH S.A.W TERHADAP WANITA

1
Dunia ini ialah Perhiasan  dan Sebaik-baik Perhiasan ialah wanita (isteri) Solehah. (Riwayat Muslim).


2
Wanita Yang memakai bau-bauan dan kemudian keluar melintasi lelaki ajnabi dengan niat mahu mereka mencium bau harumnya adalah perempuan zina. Dan setiap mata yang memandang juga adalah zina. (Riwayat Ahmad, Thabrani dan Hakim)

3
Wanita dikahwini kerana Empat perkara, iaitu Hartanya, Keturunanya, Kecantikanya & Agamanya. Maka carilah mereka yang kuat Beragama. Nescaya Kamu Beruntung.

4
Apabila wanita sembahyang Lima Waktu, Berpuasa sebulan di bulan Ramadhan, Memelihara Kehormatan serta taat pada suami, Maka masuklah di mana-mana pintu syurga yang dia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban, Thabrani, Anas dan Malik).

5
Perempuan Yang melabuhkan pakaian dalam keadaan berhias bukan Untuk Suami dan Muhrimnya adalah seumpama Gelap Gelita di Hari Kiamat. Tiada Nur baginya. (Riwayat Tarmizi).

6
Apabila seorang wanita lari dari rumah Suaminya, tidak ditrerima sembahyangnya sehingga dia kembali dan menghulurkan tangan kepada suaminya memohon maaf. (Riwayat dari Hassan).

7
Wanita yang taat kepada Suami, semua burung-burung di udara, ikan di air, malaikat di langit, matahari dan bulan beristighfar baginya selama dia masih taat kepada suaminya dan diredainya (serta menjaga sembahyang dan puasanya).

8
Dari Muaz bin jabal bersabda Rasulullah S.A.W: Mana-mana wanita yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka dan tanganya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tanganya dari bakaran api neraka.

9
Setiap wanita yang menolong suaminya dalam urusan Agama, maka Allah memasukannya dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (sepuluh ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat pakaian dan bau-bauan Syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan menghadapnya.

10
Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, memberi minum Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan akan didapati kubur menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga serta mencatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia melintasi Siratul-Mustaqim.

-Petikan Dari Sumber-