Sep 26, 2017

PENJENAMAAN SEMULA (REBRANDING)

Salam sejahtera buat sesiapa yang bertandang ke halaman blog serba sederhana ini. Alhamdulillah, sekali lagi laman blog ini telah mengalami penjenamaan semula, hasil dari cetusan idea Admin (founder) asal kepada jenama terdahulu yakni TERATAQ KHALIFAH DESIGN & CALIPHS GRAPHIC.

Nama laman/blog ini juga ada sejarah, yang telah mengalami transformasi (sepertimana TN50):
1) 7 Days About Happiness
2) Pengembara Taqwa
3) Terataq Khalifah
4) Caliphs Graphic
5) Prismazoid Solution

Latest: TWINFATEH.com

Disini tiada sebab musabab kenapa ianya di re-brand, admin ada alasan yang tersendiri dan ianya adalah peribadi this is the latest jenama from admin. InsyaAllah akan dikembangkan dan diteruskan perjuangan memartabatkan seni dengan harapan dapat berkongsi dan belajar secara maya. Oleh yang demikian, usaha menambahbaik segala ISI KANDUNGAN DALAM HALAMAN INI SEDANG GIAT DIJALANKAN, termasuk:

1) Mencari semula sumber asal mana2 artikel yang di petik dari mana2 sumber. Pengkreditan dalam prose dan sekiranya terdapat artikel yang milik tuan/puan, boleh hubungi saya untuk mempercepatkan serta memudahkan proses.

2) Membuang mana2 artikel yang Sumber nya tidak diketahui/dijumpai. Termasuk membuang artikel yang tidak releven/munasabah dan tiada fakta

3) Menambah baik ISI kandungan yang didalam nya terkandung pendapat dan buah fikiran penulis selaku admin kepada halaman ini.

Secara ringkas inshaAllah saya cuba bermula lagi dari awal.. saya budak baru belajar harap dapat tunjuk ajar dari semua rakan yang lebih berilmu. sebarang komen membina amat dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

No comments:
Write comments

We will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name (nickname accepted), Location and Your Support/ Creative Comment/ Feedback/ Question, etc. Have a Pleasant day.