 ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok  melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh  hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan  amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga  untuk bersama dengannya.
ALANGKAH cepatnya masa berlalu, ketika kita mula merasakan seronok  melaksanakan ibadah, Ramadan semakin hampir menutupkan tirainya. Sepuluh  hari terakhir Ramadan adalah saat di mana Rasulullah SAW meningkatkan  amalan dengan berjaga malam, beriktikaf dan mengejutkan ahli keluarga  untuk bersama dengannya. 
Berlalunya sebahagian besar dari hari-hari Ramadan sewajarnya  menimbulkan kecemasan kepada kita. Apakah selama 19 hari kita berpuasa  benar-benar telah menjadikan kita manusia yang bertakwa atau sebaliknya?
Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a  meriwayatkan bahawa Nabi Muhammad SAW apabila masuknya sepuluh malam  terakhir (Ramadan) baginda menghidupkan malam, baginda mengemaskan  kainnya dan baginda mengejutkan isterinya (yakni tidak bersama dengan  isteri).
Hadis ini menceritakan kepada kita bagaimana Nabi SAW  bersungguh-sungguh melaksanakan ibadah meskipun baginda tidak melakukan  dosa. Namun baginda telah memberikan satu contoh tauladan yang baik  kepada umatnya di dalam menghayati sepuluh hari terakhir Ramadan.
Panduan yang diberikan oleh baginda ini menggambarkan betapa tinggi  nilainya saat yang kita lalui sekarang. Menjadi suatu yang amat malang  sekiranya kita semakin lemah dan cuai dalam melakukan ibadah meskipun  Ramadan semakin hampir meninggalkan kita.
Imam Muslim juga meriwayatkan maksudnya: Aisyah r.a berkata: Bahawa  Nabi SAW bersungguh-sungguh (beribadat) pada 10 malam terakhir tidak  seperti mana (di bulan) selainnya.
Contoh yang ditinggalkan kepada kita oleh baginda SAW wajar dijadikan  pedoman di dalam mengisi hari-hari terakhir Ramadan ini. Sepatutnya  waktu ini tidak dihabiskan dengan menonton televisyen atau mengunjungi  pusat-pusat membeli belah. Kerana inilah fenomena yang sering kita  lihat.
Kelebihan 10 malam terakhir seolah-olah tidak langsung diambil kira.  Malah lebih mendukacitakan, ada di kalangan muda-mudi Islam yang keluar  malam ke taman-taman untuk memadu kasih tanpa rasa berdosa dan malu.
Sepatutnya bapa sebagai ketua keluarga mengambil berat soal  membudayakan suasana ibadah khususnya pada 10 malam terakhir ini.  Anak-anak perlukan satu panduan dan contoh dari ibu bapa.
Sebaliknya jika ibu bapa turut serta mengabaikan ibadah di penghujung  Ramadan maka tidak hairanlah anak-anak tidak berminat untuk mengerjakan  solat tarawih sebaliknya datang ke masjid atau surau hanya untuk  membuat bising dan bermain mercun.
Apa yang dimaksudkan dengan baginda SAW menghidupkan malam dan  mengemaskan kain sarungnya ialah sebagai satu gambaran bagaimana  bersungguhnya baginda menumpukan saat ini dengan ibadah sehinggakan  baginda tidak bersama dengan isteri untuk 10 malam terakhir ini.
Kesungguhan ini didorong pula dengan kelebihan sepuluh malam terakhir  yang dijanjikan dengan kehadiran malam Al-Qadr atau Lailatulqadar.
Firman Allah SWT:
Maksudnya: (Sesungguhnya kami Telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan, Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan). (al-Qadr: 1-3)Malam al-Qadr sengaja dirahsiakan oleh Allah Taala sebagai satu ujian kepada umat Islam di dalam mencari rahmat dan kasih-Nya. Bagi mereka yang benar-benar beriman keghairahan mencari reda Allah menjadikan mereka begitu teruja meningkatkan pencarian ganjaran berlipatganda yang dijanjikan oleh Allah SWT.
Sebaliknya bagi mereka yang alpa, saat-saat ini seringkali dipenuhi dengan aktiviti persiapan hari raya yang menyibukkan mereka hingga terlupa promosi istimewa pelepasan azab neraka yang dijanjikan oleh Allah di penghujung Ramadan.
Antara amalan yang boleh dilakukan bagi menghidupkan sepuluh hari terakhir Ramadan ialah menghidupkan malam dengan solat malam seperti tahajud, hajat, taubat dan juga berzikir kepada Allah. Juga digalakkan supaya mengejutkan ahli keluarga supaya bersama-sama menghidupkan malam dengan amal ibadah.
Ibu bapa wajar mengajak anak-anak yang sudah dewasa khususnya bersama berqiamullail dan jangan biarkan mereka lena. Bagi memudahkan mereka bangun bersama pastikan mereka dapat tidur lebih awal.
Bagi suami isteri 10 malam terakhir tidak digalakkan untuk bersama kerana Nabi SAW diberitakan bahawa baginda mengemaskan ikat kainnya yakni tidak bersama dengan isteri kerana disibukkan dengan amal ibadah.
Amalan beriktikaf juga wajar diteruskan di penghujung Ramadan ini iaitu dengan memperbanyakkan duduk di masjid untuk beribadat kepada Allah. Kata Imam Az-Zuhri: Maksudnya: “Suatu yang pelik bagi kaum muslimin mereka meninggalkan amalan iktikaf sedangkan Nabi SAW tidak pernah meninggalkannya semenjak baginda tiba di Madinah (hijrah) hingga ia meninggal dunia”.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Write commentsWe will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name (nickname accepted), Location and Your Support/ Creative Comment/ Feedback/ Question, etc. Have a Pleasant day.