Perkembangan fetus - hamil 8 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia              
Tahniah - embrio anda sekarang bergelar fetus, yang bermakna "zuriat". Uterus anda meregang untuk memuatkan penghuni baru ini, yang sekarang berukuran sekitar 0.6 inci / 1.6 sentimeter. Banyak perubahan berlaku pada minggu ini - ekor embrio telah hilang, dan semua organ, otot dan saraf mula berfungsi. Sekarang tangan boleh dibengkokkan di pergelangannya, dan jari kaki yang berselaput dahulu beransur hilang. Kelopak mata mula menutupkan mata.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Kehamilan anda mula menukar bentuk badan anda juga. Payudara anda  mungkin membesar sehingga anda memerlukan bra yang boleh menyangga  dengan lebih kuat daripada bra lama. Anda akan menyedari yang ukuran  pinggang anda mula bertambah, sehingga anda terpaksa menyimpan jean  kegemaran anda sehingga tahun depan. Jika anda banyak meminum air  mengandungi flourida - lapan gelas atau lebih sehari - anda sudah tentu  mendapat cukup flourida dan ini akan mengintegrasikan kalsium dan  fosforus dengan kukuh ke dalam gigi dan tulang bayi anda yang sedang  berkembang itu. • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Write commentsWe will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name (nickname accepted), Location and Your Support/ Creative Comment/ Feedback/ Question, etc. Have a Pleasant day.