Perkembangan fetus - hamil 14 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia              
Dari mercu kepala ke punggung, panjang bayi anda adalah sekitar 3 setengah inci / 9 sentimeter, dan beratnya satu setengah auns / 43 gram. Sekarang, badannya membesar dengan lebih cepat daripada kepala. Di minggu ini, kulitnya yang halus senipis kertas itu menutupi badannya dengan lanugo (bulu halus dan lembut yang lazimnya gugur sebelum kelahiran). Walaupun bulu kening mula timbul dan rambut di kepala pun tumbuh, ianya boleh bertukar tekstur dan warna sebelum kelahiran.
Di masa ini, fetus boleh memegang, mengecilkan mata, mengerut dahi dan menyeringai. Ia juga mungkin boleh menghisap jarinya. Penyelidik percaya bahawa pergerakan-pergerakan ini dan yang lain mungkin berlaku beriringan dengan perkembangan impuls dalam otak. Baca lebih lanjut mengenai pergerakan bayi anda semasa kehamilan.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Jika anda belum lagi membuat janji temu untuk pemeriksaan serum maternal  (juga dikenali sebagai ujian tiga serangkai), eloklah dilakukan  sekarang. Ujian ini menyediakan informasi lanjut tentang bayi anda, dan  menapis bagi sindrom Down dan kecacatan lain. Juga, doktor anda mungkin mengesyorkan amniosentesis  antara minggu ke-15 hingga ke-18 bagi wanita berumur lebih dari 35  tahun dan mereka yang mempunyai sejarah kecacatan kelahiran. Jika umur  anda lebih dari 35, lihatlah artikel kami mengenai bagaimana umur mempengaruhi kehamilan.  • Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Write commentsWe will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name (nickname accepted), Location and Your Support/ Creative Comment/ Feedback/ Question, etc. Have a Pleasant day.