Perkembangan fetus - hamil 11 minggu
Ditulis untuk BabyCenter Malaysia              
Anda hampir sampai ke penghujung trimester pertama. Banyak dari perkembangan kritikal bayi akan selesai dalam dua minggu lagi, dan kemungkinan keguguran akan berkurangan secara ketara.
Video meninjau kehamilan: (sari kata Bahasa) Tontonan animasi 3D mengenai bayi di minggu kehamilan ini. Lihatlah!
Diukur  dari mercu kepala ke punggung, fetus 1.5-inci / 4-sentimeter anda  mempunyai semua bahagian-bahagiannya, dari kudup gigi ke kuku jari kaki.  Bayi anda sibuk menendang dan meregang;  pergerakan-pergerakannya amat lemah-gemalai sehinggakan seperti balet  air. Jari-jari tangan dan kaki sudah terpisah sepenuhnya. Kini, tugas  utama fetus dalam tempoh enam bulan ke hadapan ialah untuk terus  membesar dan menjadi semakin kuat sehingga ia boleh meneruskan kehidupan  secara bersendirian di luar rahim.  Satu garisan pigmen gelap yang menegak linea nigra, mungkin akan muncul di abdomen anda. Uterus anda sudah naik dan mengatasi tulang pelvis anda dan sekarang doktor anda akan boleh merasanya semasa pemeriksaan luaran.
Adakah tidur sukar bagi anda? Dapatkan maklumat mengapa anda mengalami tidur terganggu.
• Nota: Pakar-pakar menyatakan bahawa setiap bayi berkembang secara berlainan - walaupun semasa dalam kandungan. Muka surat-muka surat di bahagian ini disediakan untuk memberi maklumat umum mengenai perkembangan fetus dalam rahim.
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Write commentsWe will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name (nickname accepted), Location and Your Support/ Creative Comment/ Feedback/ Question, etc. Have a Pleasant day.