Cerita Tentang Kematian
Sekujur tubuh terbaring, muka pucat, sejuk, beku dan kaku tidak   bermaya.Tapi nun di satu sudut, rohnya masih berada di sisi jasad   memperhatikan saja tubuhnya di perlakukan orang. Sewaktu semua perhiasan   dan pakaian yang di banggakan dulu di bukakan maka terdengarlah roh   menjerit-jerit, merintih dan merayu. Semua makhluk mendengar jeritan   kecuali jin dan manusia.
“Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana Allah, supaya   melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab pada saat ini aku baru   saja beristirahat daripada seretan malaikat maut…!”
Oleh itu, ketika hendak menanggalkan pakaian-pakaian saudara kita  yang  yang telah meninggal sebaiknya dilakukan dengan perlahan. Jika  susah  untuk dibuka, gunting saja pakaian tersebut. Orang yang meninggal  dunia  (yakni ketika roh di cabut oleh malaikat maut), sakitnya seperti  di  tikam 300 kali. Walaupun pada lahirnya tubuhnya masih sempurna tapi   pada hakikatnya tubuh tersebut telah hancur luluh.
Begitu juga waktu dimandikan, dikafankan, dan seterusnya sewaktu di   usung ke kubur, roh senantiasa merintih mengharapkan pembelaan daripada   manusia. Sewaktu air disiramkan ke badannya ia berteriak: “Wahai orang   yang memandikan roh, Demi Allah, janganlah engkau menuangkan air mu   dalam keaadaan panas. Dan jangan pulak terlalu sejuk.Sebab tubuhku   terbakar dengan keluarnya roh.”
Dan ketika mereka memandikan berkatalah roh: “Demi Allah, Wahai orang   yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat. Sebab   tubuhku luka-luka dengan keluarnya rohku.”
Sewaktu di mandikan dan di bersihkan najis kepada kemaluan, janganlah   di biarkan mayat tersebut terbuka hingga menampakkan auratnya, sudah   tentu roh berasa malu dan menangis bila auratnya di pertunjukkan pada   orang. Sedangkan ketika hidup sangat di jaga auratnya itu.
Begitulah seterusnya, mayat merasa sakit sekiranya tubuhnya di   perlakukan dengan kasar. Untuk mengatasi masalah ini, keluarga dan juga   para tamu yang datang janganlah cuma menangis dan bersedih. Sebaliknya   hulurkanlah bantuan dengan menghadiahkan bacaan Ya’asin ataun   sekurang-kurangnya sedekahkanlah Al Fatihah.
Rasulullah sendiri melarang berbincang bincang hal-hal dunia di  hadapan  mayat. Apalagi mengumpat dan menceritakan keburukkannya semasa  hidup.  Begitu juga dengan memasak dan makan-minum di rumah yang di  dalamnya  ada mayat. Usahakanlah memberi bantuan kepada kaum keluarga  yang telah  ditinggalkan oleh saudara mereka.
Sewaktu mayat dikeluarkan dari rumah, roh pun meyeru:
“Demi Allah, wahai jemaah ku, Aku telah meninggalkan isteriku menjadi   janda. Maka janganlah kamu menyakitinya.Anak-anak ku telah menjadi   yatim, maka janganlah kalian menyakiti mereka.. Sesungguhnya Pada hari   ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali selamanya.”
Perkara-perkara yang perlu di tekankan di sini untuk umat Islam:
Jangan di sediakan makan dan minum di rumah yang ada mayat kerana pernah   saya menghadiri pengkebumian saudara-saudara kita dan masih ramai  malah  mereka dengan tidak sedar menyediakan makan minum kepada para  tamu yang  datang melayat orang yang meninggal kerana mereka sebenarnya  tidak  tahu(jahil)
Asingkanlah tempat untuk di mandikan mayat tadi dari pandangan orang dan   setidaknya di tiraikan kain atau langsir atau tempat khusus bagi   menjaga keaiban pada mayat tadi.Dan yang paling diingat, Jangan   membongkar keaiban orang yan sudah meninggal tadi selepas kita mandikan   mayatnya. Najis keaiban itu adalah suatu dosa yang paling besar!!!!   Naudzubillah
Oleh sebab itu di tekankan di sini, sebaik baiknya orang yang akan   sama-sama untuk memandikan mayat biarlah dari kaum keluarga yang paling   dekat sekali terutama anak-anak dan cucu-cucu.Dalam menjaga keaiban   keluarganya yang telah pergi, Semoga di berkati oleh Allah adanya.
Jangan berdiam diri saja atau berbincang -bincang dalam soal  keduniaan  apabila kita melawat orang yang meninggal kerana mayat   tersebut sesungguhnya berada dalam keaadan kesakitan sehingga di   kuburkan. Sebaik -baiknya bacalah Yaasin dan sedekahkanlah Al Fatihah   untuk orang yang telah meninngal dunia.
Penghantaran ke kuburan, sebaik-baiknya kaum keluarga yang terdekat   sekali terutama anak –anak dan cucu-cucu mengusung dan menguburkan mayat   sehingga akhir, ke liang-lahat kerana mereka lebih mengetahui, lebih   memahami, lebih mengenal, lebih terasa akan kehalusan persaudaraan dalam   aspek menjaga, mengawal dan menentukan mayat akan lebih selesai dari   saat menghembuskan nafas terakhir sehingga di kuburkan..
Dalam suatu riwayat di sebutkan:
Sewaktu roh terpisah dari tubuh, ia di panggil dari langit dengan tiga kali jeritan:
“Wahai anak Adam! “
“Apakah kamu meninggalkan dunia atau dunia meninggalkan kamu?”
“Apakah kamu mengumpulkan dunia ataukah dunia mengumpulkan kamu?”
“Apakah kamu mematikan dunia ataukah dunia mematikan kamu?”
Sewaktu mayat di pikul di atas usungan, terdengar lagi tiga jeritan:
Wahai anak Adam!
“Sangat berbahagialah kamu jika kamu termasuk orang yang bertaubat.”
“Sangat berbahagialah kamu jika amalanmu baik.”
“Sangat berbahagialah kamu jika sahabat-sahabatmu dalam keredhaan Allah.”
Sewaktu mayat di letakkan untuk di sholatkan maka ia di panggil tiga kali teriakan:
Wahai anak Adam!
“Segala amal yang telah kamu lakukan akan kamu lihat!”
“Jika amal perbuatan baik, maka kamu akan melihat baik!”
“Jika amal perbuatan kamu jelek, kamupun akan melihat jelek!”
Kemudian apabila mayat sudah berada di tepi kubur
Ia memanggil lagi dalam tiga teriakan
Wahai anak Adam!
“Bukankah kamu menambah damai pada tempat yang sempit ini?”
“Bukankah kamu membawa kekayaan di tempat kefakhiran ini?”
“Bukankah kamu membawa cahaya penerang di tempat yang gelap ini?”
Dan jika mayat di letak di liang lahat maka ia pun dipanggil dengan teriakan tiga kali
Wahai anak Adam!
“Kamu diatas punggungku bersenda gurau, tapi kamu dalam perut ku menjadi menangis.”
“Kamu berada di atas punggungku bergembira ria, tapi kamu dalam perutku menjadi cemas dan duka.”
“Kamu di atas punggungku dapat berbicara, tapi kamu dalam perutku menjadi diam.”
Setelah para manusia pulang meninggalkan mayat yang sudah dikuburkan itu lalu Allah SWT berfirman:
“Wahai hamba Ku, kamu tetap terpencil dan sendirian, para manusia  sudah  pergi dan pulang meninggalkanmu dalam kegelapan kubur. Padahal  kamu  telah berbuat maksiat kepadaKu kerana para manusia, kerana isteri  dan  kerana anak. Namun aku sangat kasihan kepada mu pada hari ini dengan   limpahan rahmat, yang dengannya para makhluk sama kagum. Dan aku lebih   kasihan kepada mu daripada kasih ibu kepada anaknya.”
Demikianlah keterangan dalam suatu riwayat mengenai beberapa ucapan  dan  jeritan serta teriakan yang di tujukan kepada mayat, sejak rohnya   lepas dari tubuhnya sehingga mayat ditutup tanah dalam kubur.
SubhanaAllah……
Sumber: I Love Islam 
~Sekian~ 
-----------------------------------------------------
admin
www.caliphsgraphic.com
www.caliphsgraphic.com
 
 


 
 
 
 
 
 
 
 Posts
Posts
 
 
No comments:
Write commentsWe will not be responsible for any losses, damages and anything related to your comment. Please provide Ur Name (nickname accepted), Location and Your Support/ Creative Comment/ Feedback/ Question, etc. Have a Pleasant day.