Nov 6, 2015

LATEST NEWS!!


Salam Saudara & warmest Greating!

We Will be move to a new brand, Our management will be using new brand and it will be announce shortly. we regret for any inconvenience cause.

We would like to thank to all our lovely customer those who always give us support. Stay with us and make Our Service more convenience to your need. Smile!

Sincerely,

-----------------------------------------------------

Oct 21, 2015

Ayat Ruqyah Syariyyah | @ Feryco




Thak you
-----------------------------------------------
admin
Mr.D
TerataQKhaLifaHDeSign

Oct 2, 2015

[114 CINTA|JANGAN MEMBINA CINTA DI DALAM KUBURAN]

Nombor 1 Allah. Nombor 2 Rasulullah. Nombor 3 suami. Itulah turutan cinta seorang wanita bernama isteri, (jika  pada lelaki, nombor 3 itu ibu, no 4 itu bapa, no 5 baru isteri). Agar tidak menderita, jagalah turutan cinta ini. Yang dahulu, wajar didahulukan. Yang kemudian, mesti dikemudiankan. Jangan disusun cinta itu begini… Nombor 1 suami. Nombor 2 suami. Nombor 3 pun suami. Ini tindakan yang bakal mengundang kecewa.

Jangan pinggirkan Allah kerana Dia yang mengurniakan rasa cinta. Jangan dilupakan Rasulullah kerana dia yang memberi panduan untuk bercinta. Ingat pesan Rasulullah melalui sabda Baginda dalam hadis riwayat al-Tirmizi yang bermaksud: “Jika aku hendak menyuruh seseorang supaya sujud kepada seseorang, tentulah aku perintahkan isteri supaya sujud kepada suaminya.”

“Jika” hanya “jika”. “Jika” akan kekal sebagai “jika”. Ia tidak pernah berlaku. Seorang wanita tidak boleh menyembah manusia lain sekalipun suaminya sendiri. Sebaiknya, cintailah suami dengan cara yang ditunjukkan oleh Rasulullah kerana Allah. Itulah resepi untuk bahagia dalam bercinta!

Betapa ramai isteri yang kecewa akibat ditinggalkan suami yang dicintai. Sama ada dipisahkan oleh mati atau oleh sikap suami yang tidak mencintainya lagi. Bayangkan apabila segala-galanya untuk dan kerana suami, apabila suami tidak ada lagi, putus harapan dan berserabutlah fikiran. Ramai yang sudah menerima nasib begini… Bayangkan setiap 15 minit, berlaku satu perceraian. Siapakah yang menempuh gerbang perkahwinan dengan harapan untuk bercerai? Tidak mungkin ada!

Bayangkan setiap 15 minit berlaku perceraian … Begitulah rapuhnya rumah tangga umat Islam di Malaysia. Rumah tangga adalah benteng terakhir ummah, tempat bermulanya tapak generasi. Jika di situ sudah bermasaalah,  di tempat lain tidak dapat dibayangkan lagi.  Ada sahaja kisah suami yang curang, isteri yang beralih cinta. Kekadang anak telah dua, tiga dan empat… tetapi masih ingin memburu cinta. Ada yang memburu di alam nyata (menjejak semula kekasih lama atau terjumpa kekasih baru), ada yang memburu cinta di alam siber – bencinta lewat laman sosial internet yang serba maya.

Entah apa yang diburu oleh manusia ini… yang hidup di dunia tanpa menyedari hari kembalinya yang pasti ke akhirat. Di mana diletakkan Allah dalam peta cintanya sesama manusia. Suami yang ada dipersia, lelaki lain pula dicari sebagai ganti. Konon suaminya tidak bertanggung jawab, tidak romantik, tidak pandai membelai atau apa sahaja. Berikan nama yang buruk pada anjing dan bunuh saja! Begitu kata pepatah Inggeris. Apabila hati sudah berubah, segala kebaikan dahulu dilupakan. Ada pula, isteri yang di sisi sudah setia, perempuan baru pula diburu kononnya demi cinta sejati. Segala yang buruk-buruk dibongkar, dijadikan justifikasi untuk menghalalkan cinta baru yang digilai siang dan malam.

Manusia-manusia itu seperti kelkatu yang terbang menuju sumber cahaya. Sudah ramai yang terhantuk lalu jatuh bergelimpanagan di lantai… namun kelkatu yang lain masih terus terbang menuju tempat yang sama. Tidak pernah ada yang mengambil iktibar daripada korban-korban yang telah bergelimpangan. Maka begitulah suami atau isteri yang tertipu ini, memburu cinta bagaikan kelkatu memburu cahaya…

Percayalah, tujuanmu tidak akan tercapai, bahkan akan terjadi kebinasaan. Namun dia degil, dia pergi jua. Percayalah, tidak akan ada ketenangan dan kebahagiaan di atas kesusahan, kezaliman dan penindasan terhadap orang lain (apatah lagi yang dizalimi itu isteri atau suami atau anak-anak mu sendiri). Allah benci orang zalim! Dan kebencian itu sudah cukup untuk menyebabkan penderitaan seumur hidup.

Mengapa kau zalimi anak mu, isteri atau suami mu? Apakah dosa mereka terlalu besar hingga kau tidak sudi lagi memaafkan? Apakah kau tidak menyedari bahawa pasangan mu adalah cermin kepada diri mu sendiri? Maksudnya, siapa pasangan kita ditentukan juga oleh siapa kita  yang sebenarnya? Dirimu dan pasanganmu saling mencorakkan. Ketika palitan hitam kau katakan ada pada wajahnya, sedarkah engkau bahawa kau juga yang pernah melakarkannya? Jadi, bertanggung jawablah. Jangan lari. Binalah semula rumah tangga mu… kerana cinta yang ada di tanganmu kini adalah nyata, manakala yang kau buru itu mungkin hanya fotomorgana.

Bagi suami atau isteri yang ditinggalkan… sedarkan dia. Doakan dia. Berusahalah sedaya mungkin untuk ‘mengembalikan’ dia kepada cinta yang nyata. Namun kalau dia berdegil, biarlah dia pergi. Hidupmu terlalu singkat untuk ‘dirosakkan’ oleh dia seorang. Ingat dia itu bukan cinta nombor 1!

Syaitan suka berkeliaran dalam rumah tangga kita.MENGAPA?Kerana rumah kita jadi kuburan,bukan jadi MASJID.Banyak perkara-perkara mungkar dalam rumah kita yang menyebabkan syaitan suka bertandang.

TEMA BARU KAMI


PENDAHULUAN
Assalamualaikum, salam sejahtera, warmest greeting from admin TKDeSign.

Sekarang kami telah berwajah baru, so mohon tunjuk ajar dari semua reader di sini untuk drop komen, agar dapat admin improve kan lagi perkhidmatan yang ada dalam page ini.

PENGENALAN
Page TKD ini dahulu nya dikenali dengan nama asal nya 7Day about happiness, telah mengalami beberapa kali revolusi dan akhirnya telah ditetapakan dengan nama TerataQKhaLifahDeSign.

Blog ini dahulunya, merupakan sebuah blog cacitan peribadi admin yang juga seperti mana blogger2 lainya, yang teringin mencurahkan segala idea dan buah fikiran dalam dunia maya. Namun konsepnya adalah hanya personal interest.

RE-BRANDING
Kini dengan rebrand yang telah dibuat lebih dari 2tahun, blog ini telah admin justifikasikan sebagai blog personal dan business, yang mana menjurus kepada perihal human interest dan part time business admin sebagai graphic art designer.

Oleh yang demikian, mohon diberikan terguran kepada isi kandungan page admin ini, memandangkan admin juga dalam usaha untuk menapis semua post2 yang lalu agar tiada pertindihan hak harta intelek/ kecurian hak/ tuntutan pemilikan.

AGENDA
Admin TKDesign dalam usaha untuk memperbaiki segala pertindihan hak harta intelek/ kecurian hak/ tuntutan pemilikan dalam setiap informasi yang ada dalam tanggungan halaman admin.

Jika ada yang admin TKDesign terlepas pandang mohon diberikan teguran yang berhikmah. Semoga kita dapat sama bersaing dalam dunia maya yang penuh dengan cabaran ini.

VISI
Admin hanya akan menyiarkan @ terbitkan apa2 info/maklumat yang ada autoriti dari tuan punya/pemilik mana2 maklumat bagi mengiktiraf si pemilik.

Admin menyiarkan maklumat yang berkaitan dengan hak2 milikan admin sendiri, sekiranya ada idea asal yang dipinjam, admin akan cuba sedaya untuk dapatkan maklumat pemilik dan kongsikanya agar si pemilik mendapat liabiti nya sesuai dengan pengiktirafan nya.

JOIN MYSITE
Its Our pleasure to invite You to join us with this site. Then i will join Your site back. Drop your comment and blog walking link yea.

HOW DOES OUR LOOK?
Drop down Your Point of view.

Sekian, Terima Kasih.

Wassalam
-----------------------------------------------------

Sep 20, 2015

Syamail Muhammadiah 1


*Dari Amirul Mukminin Abu Hafsh,
Umar bin Al-Khathab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata :

“Aku mendengar Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

“Segala amal itu tergantung niatnya, dan setiap orang hanya mendapatkan sesuai niatnya. Maka barang siapa yang hijrahnya kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu kepada Allah dan Rasul-Nya. Barang siapa yang hijrahnya itu Karena kesenangan dunia atau karena seorang wanita yang akan dikawininya, maka hijrahnya itu kepada apa yang ditujunya”.

*Ali bin Abi Talib bercerita mengenai sifat Rasulullah:

"Rasulullah tidak terlalu tinggi dan tidak juga terlalu rendah. Beliau bertubuh sederhana dalam kalangan kaumnya. Rambutnya tidak keriting bergulung dan tidak juga lurus kaku, melainkan ikal beralun. Badannya tidak gemuk,be ntuk wajahnya tidak bulat tetapi bujur telur. Kulitnya putih kemerah-merahan. Matanya hitam pekat dan bulu matanya lentik. Tulang sendinya gagah, bahunya bidang. Badannya bersih daripadu bulu dan rambut, tetapi beliau mempunyai bulu lebat yang memanjang dari dada sampai ke pusat. Telapak tangan dan kakinya terasa tebal.

KAMI KINI KEMBALI

Salam Sejahtera,

Setelah sekian lama nya menyepi seketika.. alhamdulillah diberi keizinan lagi dari Yang Maha esa,
InsyaAllah kali ini admin akan aktifkan balik blog ni sebagai page rasmi perniagaan sampingan.

Bidang Niaga: Designing/Reka Cipta seni graphic.
Dengan bertambah nya rakan niaga yang bertaut dari blog ni juga, admin akan sedaya upaya untuk, memuat turun beberapa hasil seni yang sekian lama telah disimpan untuk menjadi rujukan kepada pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat TerataQKhaLifaHDeSign.

Berkenaan dengan harga, anda perlu faham, yang nilai nya adalah subjektif, memandangkan ianya tiada ukur tara yang sesuai, biasanya hanya orang yang menghargai seni akan tahu berapa nilai sebuah idea. So, Jangan segan sila berkunjung disini dan hubungi kami. U will be entertain well dan kami akan pastikan anda mendapat harga yang terbaik, special untuk pelanggan TerataQKhaLifaHDeSign.

Apart from that, disini admin nak share satu lagi pendatang baru dalam blog, juga menggunakan hamparan disini sebagai halaman berniaga sampingan. sokong lah perniagaan anak2 tempatan yea. Hasilnya mungkin berbeza, tapi kualitinya setaraf antarabangsa.

so check this out:


AzRiNaz@SukMa HoMeStay,
Lokasi di Taman Sukma, Petra Jaya Kuching
Sarawak Malaysia

*Untuk Makluman lanjut sila klik gambar untuk pautan dan boleh skrol klik bawah header admin ada link yang telah diset untuk memudahkan pautan

Sekian, terima kasih

Jangan lupa add blog admin,

"Sekadar Berkongsi & Memperingatkan diri ini yang sering lupa & lalai"

Admin,
EnDeSigNer AD

Pengembara TaQwa,
TerataQKhaLifah

Sep 9, 2013

Kenali Sahabat/Temanmu

gambar hiasan dipinjam dari pakarcinta.com


Assalamualaikum..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” (Hadis riwayat al-Hakim)

Dari Nu’man bin Basyir r.a., Rasulullah SAW bersabda,
“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” (Hadis riwayat Muslim)

“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” (Hadis riwayat Muslim)

“Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati.”

Banyak sekali hadis-hadis tentang kawan/sahabat ini. Ada pula pepatah Melayu mengatakan, “Berkawan biar seribu, berkasih biar satu.”

Aug 8, 2013

Selamat HARI RAYA AIDILFITRI 1434/2013


Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah diberi lagi kesempatan menaip disini.. telah sebulan berpuasa, Ramadhan pun meninggalkan kita.. jadi hari ni admin nk share petikan yang, insya'Allah baik untuk dibaca dan diamalkan semua..
--------------------------------------------------
Ucapan Idul Fitri yang Sesuai Tuntunan Nabi
07 Ogos 2013

Dipetik Dari:
http://www.bersamadakwah.com/2013/08/ucapan-idul-fitri-yang-sesuai-tuntunan.html

Aidil fitri akan segera tiba. Bagaimanakah ucapan di hari raya Aidil Fitri yang sesuai tuntunan Nabi? Apakah “Minal Aidzin wal Faizin” seperti budaya di negeri kita, atau saling meminta maaf dalam bahasa Arab?

Ternyata, ucapan yang dicontohkan Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan para sahabatnya adalah “Taqabbalallahu minna wa minkum.”
(semoga Allah menerima (ibadah) kami dan (ibadah) kalian). Ia sebuah doa.

Ibnu Hajar Al Asqalani dalam kitabnya Fathul Baari menjelaskan, “Para sahabat Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam apabila bertemu di hari 'Eid, mereka berkata kepada sebahagian lainnya: taqabbalallahu minna wa minkum.”


Kapankah waktu mengucapkan taqabbalallahu minna wa minkum?
Ibnu Taimiyah menjelaskan, taqabbalallahu minna wa minkum mulai diucapkan ketika bertemu setelah selesai shalat Id. Beliau mengatakan, “Ucapan hari raya di mana sebahagian orang mengatakan kepada yang lain jika bertemu setelah shalat Id, ‘taqabbalallahu minna wa minkum’, ‘Ahalallahu ‘alaika’, dan sejenisnya ini telah diriwayatkan dari sekelompok sahabat bahwa mereka mengerjakannya.”

Lalu, haramkah ucapan “minal aidzin wal faizin” yang merupakan kependekan dari “ja’alanallahu minal aidzin wal faizin”? Ucapan yang juga merupakan doa yang artinya “semoga Allah menjadikan kita termasuk orang-orang yang kembali dan orang-orang yang menang” itu tentu tidak haram sebagaimana kita boleh berdoa dalam bahasa apa pun dan meminta kebaikan apa pun kepada Allah. Namun, apa yang dituntunkan Rasulullah lebih utama. Maka yang lebih baik adalah berupaya membudayakan ucapan ‘taqabbalallahu minna wa minkum.’

Demikian pula, meskipun ucapan “mohon maaf lahir dan batin” tidak pernah dicontohkan Rasulullah dan para sahabatnya, ucapan itu boleh-boleh sahaja sebagaimana meminta maaf itu boleh dilakukan bila-bila sahaja. Dan masyarakat mengambil momentum Aidil Fitri sebagai sarana silaturahim dan saling bermaafan. Wallahu a’lam bish shawab. [Abu Nida]


-End of article-
-------------------------------------------------------------------------------------
Wallahualam,
Dikesempatan ini kami mengucapkan:

Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri 1434 H, 2013 M..
Minnal Aidil Wal Faizin, Maaf Zahir & Batin.. Mudah2an segala amalan kita diterima Allah SWT. AMin.

Ikhlas Dari kami:
Admin
"Sekadar berkongsi & memperingatkan diri ini yang seringn lupa dan lalai"

Wassalam.

Jul 23, 2013

Amalan CUKUR JAMBUL Bidaah?


Assalamualaikum wbt,



Alhamdulillah.. sering kali ibubapa akan tertanya2 bagaimana cukur jambul sebenarnya dalam islam.. insya Allah. hari tu admin ada terbaca artikel ni, tapi malangnya admin lupa nk ambik hyperlink nya.. jadi kepada semua yang membaca artikel ini, mohon cari maklumat lanjut kat web seperti mana dibawah:

http://www.islam.gov.my/senarai-rujukan-laman-web-islam

http://www.e-fatwa.gov.my/

http://www.jais.sarawak.gov.my/

carian Google: Majlis Agama Islam

carian google: Jabatan Agama Islam

Ikuti artikel ini:

13 Kesilapan Di Bulan Ramadhan



Selamat pagi salam sejahtera,

Alhamdulillah.. hari ni admin cuti, ada masa terluang ni admin g cari artikel2 utk bacaan agar dpt tambah pengetahuan (ilmu)...Insya Allah, Seperti mana hadis berikut :

- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)


Maksudnya - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Dalam pencarian2 tadi admin jumpa artikel ni, mohon share disini yea tuan, dipetik dari: http://www.loveloveislam.com/:

------------

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman.


Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada
para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang
berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan
perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam
solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu
sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an,
padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah
(tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara
dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
----------------------

-End-

Mudah2an dapat manfaat dari yang dikongsi, ambil iktibar dari kisah2 yg kita baca, ambil pengajaran dari ilmu yg kita dapat.. kita berubah kepada yg lebih baik.. lebih baik dari langsung tiada perubahan.. (makin hari makin ingat kepada pencipta, dari Nya kita datang, kepada Nya jua kita kan kembali, itu memang pasti..)

"sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering Lupa dan Lalai"

yang baik datang nya dari Allah dan RasulNya, yang kurang datang dari diri ini,

Selamat menjalani ibadah puasa, >_<
-----------------------------------------------------