Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Jul 23, 2013

13 Kesilapan Di Bulan Ramadhan



Selamat pagi salam sejahtera,

Alhamdulillah.. hari ni admin cuti, ada masa terluang ni admin g cari artikel2 utk bacaan agar dpt tambah pengetahuan (ilmu)...Insya Allah, Seperti mana hadis berikut :

- عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ. (ابن ماجه وغيره)


Maksudnya - Dari Anas bin Malik r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Menuntut ilmu adalah satu fardu yang wajib atas tiap-tiap seorang Islam."

Dalam pencarian2 tadi admin jumpa artikel ni, mohon share disini yea tuan, dipetik dari: http://www.loveloveislam.com/:

------------

Dalam setahun, ada satu bulan yang kedatangannya selalu dinantikan oleh orang-orang beriman. Ia adalah bulan Ramadhan Al-Mubarak. Alhamdulillah, bulan yang sangat kita rindukan itu kini telah tiba. Pada bulan ini Allah mencurahkan kebaikanNya untuk segenap hamba-hambaNya yang beriman.


Di bulan ini, para sahabat dan As-Salafus Shalih terdahulu selalu berlumba-lumba melakukan kebaikan dan amal ibadah

Namun kini, keadaan umat Islam sungguh memilukan. Majoriti mereka bukan saja lemah untuk diajak berfastabiqul khairat (berlumba-lumba dalam kebaikan) di bulan yang penuh kemuliaan ini, tetapi sebaliknya mereka sering pula melakukan berbagai kesalahan. Antaranya:-

1. Berpuasa tetapi tidak solat sanggup berlapar dahaga tapi tidak sanggup menunaikan solat;
anak disuruh berpuasa tapi dibiarkan tidak solat; juga
ada orang yang berpuasa, tetapi meninggalkan solat atau hanya solat ketika bulan Ramadhan saja. Orang semacam ini puasa dan sedekahnya tidak bermanfaat sebab solat adalah tiang utama agama Islam.

2. Tidak menjaga batas-batas agama aurat; lelaki memakai seluar pendek dan perempuan pula tidak bertudung.

3. Menghabiskan masa dengan menonton TV, Video dan CD.

4. Merebut peluang mencari duit dengan berniaga tapi meninggalkan peluang mendapat pahala berganda-ganda.

5. Semakin cepat marah sepatutnya mengawal kemarahan di bulan yang menuntut kita supaya banyak bersabar.

6. Membazir ketika berbuka puasa Mengikut hawa nafsu ketika menyediakan makanan untuk berbuka puasa.

7. Tidak mengeluarkan zakat fitrah

8. Membiarkan atau menggalakkan anak-anak bermain mercun Yang menyedihkan, tindakan tersebut mengakibatkan gangguan kepada
para jemaah yang menunaikan solat Tarawih di masjid dan surau yang
berdekatan; dan sepatutnya digalakkan anak-anak menyambut bulan
yang mulia ini dengan beribadah kepada Allah.

9. Hanya puasa makan dan minum sahaja Tidak menjaga anggota pancaindera seperti mata, lidah, telinga dan yang lainnya; Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa tidak meninggalkan ucapan dan
perbuatan dusta, maka Allah tidak mengharapkan puasanya dari makan
dan minum." (Hadis riwayat Al-Bukhari)

10. Tanpa persediaan mental dan emosi tentang matlamat, kelebihan dan kedudukan puasa Ramadhan sepatutnya berbekal dengan ilmu dan gembira dengan kedatangan bulan Ramadhan Al-Mubarak; "Maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan, jika kamu tidak mengetahui." (An-Nahl:43) Dan Rasulullah SAW bersabda; "Barangsiapa dikehendaki baik oleh Allah, nescaya ia difahamkan dalam urusan agamanya." (Muttafaq Alaih).

11. Menang sorak, tarawih ala kadar solat secara 'ekspress'; dan juga melakukan gerakan-gerakan dalam
solatnya dengan amat cepat, sehingga menghilangkan maksud solat itu
sendiri. Mereka dengan cepat membaca ayat-ayat suci Al- Qur'an,
padahal semestinya ia membaca secara tartil. Mereka tidak thuma'ninah
(tenang) ketika ruku', sujud, bangun dari ruku' dan ketika duduk antara
dua sujud. Ini menyebabkan solat menjadi tidak sempurna;

Rasulullah SAW bersabda kepada orang yang tidak thuma'ninah dalam solatnya; "Kembalilah, lalu solatlah kerana sesungguhnya engkau belum solat." (Muttafaq Alaih) silap bacaan selawat;
Tidak istiqamah bertarawih. Hanya ramai di 10 malam pertama sahaja; dan juga Saf solat Tarawih tidak dipenuhkan.

12. Tadarus Al-Qur'an hanya di bulan Ramadhan saja.

13. Tidak mahu bersahur "Sahurlah kamu kerana dalam sahur itu ada berkat." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim) Abu Hurairah RA berkata, sabda Rasulullah SAW; "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma." (Hadis riwayat Ibnu Hibban dan Baihaqi)
----------------------

-End-

Mudah2an dapat manfaat dari yang dikongsi, ambil iktibar dari kisah2 yg kita baca, ambil pengajaran dari ilmu yg kita dapat.. kita berubah kepada yg lebih baik.. lebih baik dari langsung tiada perubahan.. (makin hari makin ingat kepada pencipta, dari Nya kita datang, kepada Nya jua kita kan kembali, itu memang pasti..)

"sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering Lupa dan Lalai"

yang baik datang nya dari Allah dan RasulNya, yang kurang datang dari diri ini,

Selamat menjalani ibadah puasa, >_<
-----------------------------------------------------

Jul 9, 2013

Malam Pertama Di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum wbt,
Tarawih pertama, sungguh menakjubkan... Allahu Akbar!! itu yang termampu diungkapkan.. Umat Islam bukan Minoriti rupanya, admin berkongsi pengalaman malam pertama diBulan Ramadhan..  subhanallah.. Moga kekall sehingga ke Akhir Ramadhan & 11 bulan seterusnya.. penuhi jemaah di Masjid inssyaAllah..



alhamdulillah malam pertama 1 Ramadhan, dilalui dengan penuh keterujaan, alhamdulillah, berkali2 rasa syukur dihati dizahirkan, apabila berjaya berdiri bersama ribuan jemaah2 yang bersolat Tarawih tadi..

Masjid At-Taqwa, Kpg Pinang Jawa
https://www.facebook.com/masjidattaqwagita?fref=ts
Tidak ketinggalan, para jemaah dari kaum Hawa memenuhi ruang, Alhadmulillah, titisan airmata tanda syukur dari insan2 yang benar2 merindui dan mendambakan bulan mulia ini.. Selamat bertarawih dan ibadah2 lainya.. InsyaAllah.

Sebaik bulan, seribu bulan..


** Mari kita sebar2kan risalah2 yang baik utk kemaslahatan Umat islam, kongsi2kan agar semua dapat Ilmu2 Allah, walaupun hanya sdikit2 dari lautan2 IlmuNYA..

Mudah2an dapat manfaat dari yang dikongsi, InsyaAllah,

"Sekadar berkongsi & memperingatkan diri ini yang sering Lupa & Lalai"

Wassalam.

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum.. wbt..

Alhamdulillah.. subhanallah, Allahu Akbar.. hari ini merupakan hari terakhir kita berada dibulan Sya'ban, esok maka bermulanya perjuangan menentang hawa nafsu.. mendidik mereka (Nafsu) agar kembali kepada Fitrah.. iaitu kembali suci, seperti mana lahir nya kita ke Dunia.. fitrah.. diampunkan dosa.. isnyAllah.. amin..

admin mengajak semua para pengunjung TerataQ yg serba kurang ini utk sama2 merenung.. di mana kita hendak letakkan misi dan visi Ramadhan kita pada tahun ini.. :).. ada ustaz pernah sebut, "baik yg kita minta.. insyAllah baik juga yg akan kita dapat, lebih baik yg kita buat, bertambah baik2 lagi yg kita dapat.." marilah kita hidupkan Ramdhan ini dengan amal2 yg boleh mendidik jiwa dan raga kita.. perangai dan Akhlak kita.. peribadi dan amalan kita.. agar lebih baik berbanding tahun yg sudah.. lupakan sengketa lama.. sambung2kan silaturahim yg lama terputus.. atau yg baru terputus..

jadikan bulan ini mahabbah.. jadikan kegembiraan kita bukan sia2 ketika AidilFitri nanti.. dalam menghabiskan sisa2 peluang nafas yg kita ada..  insya Allah.. admin ada terbaca blog http://www.salafy.or.id/penjelasan-ayat-ayat-tentang-puasa-dalam-al-quran-bag-2/, jadi minta izin kepada beliau utk kongsi kan disini..

Di tulis Oleh Al Ustadz Abu Utsman Kharisman

Ayat ke-185 Surat al-Baqarah
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ فَمَنْ شَهِدَ مِنْكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ وَمَنْ كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَى سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِنْ أَيَّامٍ أُخَرَ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَى مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
(Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi pertunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan pertunjuk, dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadaan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (bolehlah ia berbuka, kemudian wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Ia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. Dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat pertunjukNya, dan supaya kamu bersyukur. (Q.S al-Baqarah: 185)
Pada ayat ini terdapat beberapa permasalahan yang akan dijelaskan, yaitu:
  1. Ramadhan adalah bulan turunnya al-Quran.
  2. AlQuran sebagai petunjuk, penjelasan dari petunjuk, dan pembeda.
  3. Kewajiban berpuasa bagi yang mukim, tidak sakit, dan tidak berhalangan untuk puasa.
  4. Allah ulang keringanan tidak berpuasa bagi yang safar atau sakit
  5. Allah menginginkan kemudahan, dan tidak menginginkan kesulitan untuk kita.
  6. Menyempurnakan bilangan
  7. Bertakbir di akhir puasa sebagai bentuk syukur

Alhamdulillah. mudahan mendapat manfaat dari apa yg dikongsi di dalam blog ini, genap 3tahun berkecimpung dalam dunia blog ini.. admin juga menyusun sepuluh jari, menadah tangan pada Allah agar setiap insan yg pernah sakit hati, tercalar perasaan dek kata2 yg terbit disini atau secara lahir diluar sana (realiti) dilembutkan hati utk memaafkan diri yg serba kurang Iman ini, Moga di penghujung Ramadhan nanti kita bertemu lagi dalam keadaan yg lebih baik dari hari ini.. amin, amin..

Tidak dilupakan isteri yg sentiasa menyokong perjalanan seorang seni (x ada tauliahnya>_<..), kedua ibubapa, adikberadik, saudara mara dan sahabat, rakan taulan, yg mengenali diri ini, halalkan apa yg tidak diredai tapi terambil secara sengaja dan tidak. mudah2an dengan kemaafan yg mudah dapat memudahkan lagi rezki allah pada tuan2 puan2 bertandang. :). Selamat menjalankan ibadah puasa & Taraweh serta berTadarus.

yang baik dan sempurna datang dari Allah SWT.. yg kurang datang dari diri ini yg serba kurang, tapi berusaha menyempurnakan tugas sebagai khalifah di Bumi Allah.. InsyaAllah. 

'sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yg sering lupa dan lalai.'

Wassalam.
-----------------------------------------------------

Jul 8, 2013

Promosi RamadHan & Syawal

Assalamu'alaikum wbt,

Alhamdulillah. Rabu ni dah mula berpuasa, insyAllah.. mudahan kita dapat bertemunya .. 

kali ni admin nak bawa khabar tentang:

 PROMOSI RAMADHAN @ HARI RAYA 
 Khusus untuk Peminat Kek Cheese & Kek Coklat Moist :
Berada di sekitar Kuching Sarawak .
Kami menawarkan :

i) Kek Span Cheese : RM 28.00 (TERMURAH DI PASARAN )
Size : 8 X 8 X 2.5 inchi
2 lapis Cheese ( ditabur dgn parutan cheddar cheese!!!)

ii) Kek CoKlat Moist : RM 20.00 (TERMURAH DI PASARAN)
Size : 8 X 8 X 2.5 inchi
100% COKLAT ! topping coklat Moist

***Penghantaran PERCUMA sekitar kawasan Kuching, Sarawak.
PM kami, kami akan contact anda.
Tempahan awal : Penghantaran akan dibuat selepas 2 @ 3 hari.
Pembayaran dibuat secara online :
i) CIMBCLicks
ii) BSN online
@ secara cash semasa penerimaan..

InsyaAllah, Di JAMIN Halal, Buatan Anak Melayu Tempatan.



kepada yang berminat boleh la menghubungi kami TerataQKhaLifaHResourCes, Admin lebih prefer kepada customer yg berada di dalam sekitar Kuching Sarawak.. sebab kita bagi perkhidmatan percuma untuk penghantaran ke Rumah.. InsyaAllah..

--End--

untuk diri sendiri dan semua, marilah kita serikan Ramadhan, dengan amal ibadah ygn sempurna.. mudah2n diberkati dan dirahmati.. serta diampuni segala dosa setelah habis sebulan Ramadhan.. amin

sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering lupa dan Lalai. 

wassalam

Jul 2, 2013

Menuju Ramadhan


Assalamualaikum.. wbt..

Alhamdulillah.. hampir setahun kita meninggalkan Ramadhan yang penuh dengan Mubarak..
x lama lagi, seluruh umat Islam akan meraikannya.. menahan diri dari lapar dahaga.. yang paling utama menahan semua anggota badan dari melakukan sebarang perkara yang boleh menganggu gugat kesempurnaan puasa.. teringat masa posa kecik2 dulu.. orang tua2 sering mengatakan.. "engkau x puasa.. nanti xble sambut raya".. dengan tubuh yg kecil lagi serba kurang si anak kecil pun meng'agah'kan dirinya utk berposa.. apa tidak, xcukup posa xble la sambut raya. alamat xda baju raya, hihi.. >_< puasa anda bagaimana??...

InsyaAllah.. 2minggu lagi.. xsabar.. berdebar.. gembira bercampur rindu.. alhamdulillah...
"aku dipertemukan lagi dengan ramadhan".. Ramadhan penuh makna, jika ia nya diisi dengan penuh Taqwa pada-Nya.

QS 2:183-185

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ [٢:١٨٣]
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,
﴿١٨٣﴾

أَيَّامًا مَّعْدُودَاتٍ ۚ فَمَن كَانَ مِنكُم مَّرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۚ وَعَلَى الَّذِينَ يُطِيقُونَهُ فِدْيَةٌ طَعَامُ مِسْكِينٍ ۖ فَمَن تَطَوَّعَ خَيْرًا فَهُوَ خَيْرٌ لَّهُ ۚ وَأَن تَصُومُوا خَيْرٌ لَّكُمْ ۖ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ [٢:١٨٤]
(yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa diantara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu): memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.
﴿١٨٤﴾

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِّنَ الْهُدَىٰ وَالْفُرْقَانِ ۚ فَمَن شَهِدَ مِنكُمُ الشَّهْرَ فَلْيَصُمْهُ ۖ وَمَن كَانَ مَرِيضًا أَوْ عَلَىٰ سَفَرٍ فَعِدَّةٌ مِّنْ أَيَّامٍ أُخَرَ ۗ يُرِيدُ اللَّهُ بِكُمُ الْيُسْرَ وَلَا يُرِيدُ بِكُمُ الْعُسْرَ وَلِتُكْمِلُوا الْعِدَّةَ وَلِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ وَلَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ [٢:١٨٥]
(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al Quran sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang bathil). Karena itu, barangsiapa di antara kamu hadir (di negeri tempat tinggalnya) di bulan itu, maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu, dan barangsiapa sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah baginya berpuasa), sebanyak hari yang ditinggalkannya itu, pada hari-hari yang lain. Allah menghendaki kemudahan bagimu, dan tidak menghendaki kesukaran bagimu. Dan hendaklah kamu mencukupkan bilangannya dan hendaklah kamu mengagungkan Allah atas petunjuk-Nya yang diberikan kepadamu, supaya kamu bersyukur.
﴿١٨٥﴾
 

yang baik datangya dari Allah, dan yg kurang datang dari kelemahan diri ini.. Wallahu'alam.

Sekadar berkongsi dan memperingatkan diri ini yang sering Lupa dan Leka..

-Wassalam-


Jun 24, 2013

Nisfu Sya'ban





Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. kini kita telah memasuki fasa 2 separuh bulan sya'ban..

xlama lagi Ramadhan akan muncul.. dengan jutaan rahmat dari Allah SWT..

mudah2an Ramadhan kali ini membawa Sejuta makna

lebih baik dari tahun-tahun yang sudah...
berubah sebelum terpaksa berubah..

dan yang pasti berubah kerana ALLAH..

itu lebih bermakna.. daripada beramal namun sia-sia (kerana niat bukan kerana Allah)

mudahan2 kita semua bertemu Ramadhan.. biarpun ada 2minggu lagi.. namun ajal itu tidak memilih.. siapa.. dimana.. sebabnya..

Sekadar berkongsi & memperingatkan diri yang sering lupa dan leka ini.. ^_^

Ya Allah.. pertemukan kami dengan Ramadhan dengan penuh ketaatan padaMU.. Amin

-Wassalam-
-----------------------------------------------------